disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 3 Januari 2020

KULIAH MAGHRIB KHAS MASJID MUKIM PADANG ENGGANG - Bersama Profesor Dr Haji Muhd Kamil Ibrahim.

Assalaamualaikum,

Semua Muslimin dan Muslimah adalah dijemput ke:


Kuliah Maghrib Khas Masjid Mukim Padang Enggang

Penceramah: Profesor Dr Haji Muhd Kamil Bin Ibrahim.

Pada: Selasa, 7 Januari 2020 (11 Jamadilawal 1441H)

Tempat: Masjid Mukim Padang Enggang, Kampung Wakaf Che Yeh.

Masa: Kuliah Maghrib.


Sama-samalah kita sebarkan makluman ini untuk mengajak kearah kebaikan, Amalan kebaikan yang boleh ditunjukkan melalui perbuatan, percakapan dan penulisan. Menyebarkan makluman ini juga merupakan satu bentuk dakwah ke jalan Allah SWT dan pelakunya nescaya akan mendapat ganjaran pahala sebagaimana maksud hadis berikut:

Daripada Abu Mas'ud 'Uqbah bin Amriy Al-Anshori Al-Badriy, beliau berkata : Rasulullah SAW bersabda: "Sesiapa yang dapat menunjukkan suatu kebaikan (kemudian diikuti dan dilakukan kebaikan tersebut oleh seseorang yang lain) maka dia akan mendapat pahala seperti orang yang melakukannya."
(Hadith riwayat Muslim, No.Hadith : 1893)

Profesor Dr Hj Muhd Kamil

BIODATA RINGKAS PENCERAMAH:
Profesor Dr Hj Muhd Kamil Ibrahim, lahir pada 19 Mei 1964, di Besut, Terengganu. Melanjutkan pelajaran di MRSM Pengkalan Chepa, Universiti Teknologi MARA, University of Dundee, Scotland dan University of Wales, United Kingdom.

Beliau berjaya menamatkan pengajian di peringkat diploma sebagai pelajar terbaik dan kedua terbaik di peringkat sarjana muda. Prof Dr Hj Muhd Kamil juga berjaya menamat pengajian sarjana beliau dalam tempoh 11 bulan dan PhD dalam tempoh 32 bulan, rekod terpantas di Fakulti Perakaunan UiTM.

Prof Dr Hj Muhd Kamil juga telah menjawat pelbagai jawatan pentadbir akademik seperti Pengarah Kampus, Dekan Fakulti, Ketua Pusat dan pelbagai jawatan lain sepanjang tempoh perkhidmatannya. Beliau telah berkhidmat lebih dari 24 tahun di UiTM dan tiga tahun di Universiti Taibah, Madinah, Arab Saudi.

Beliau juga merupakan seorang penulis dan penyelidik yang sangat prolifik. Artikel-artikel beliau sudah melebihi 500 termasuklah yang telah disiarkan dalam pelbagai media-massa dan jurnal-jurnal akademik. Beliau telah menulis lebih 15 buku akademik dan buku umum.

Prof Dr Hj Muhd Kamil lebih dikenali melalui buku umum beliau, Travelog Haji: Mengubah Sempadan Iman yang mendapat sambutan hangat dan telah terjual melebihi 100 000 naskah di pasaran terbuka. Ia merupakan salah satu buku terlaris di Malaysia. Hasilnya, beliau telah muncul di RTM1, TV3, ASTRO, TV9 dan Radio IKIM sebagai penceramah atau tetamu.

Beliau juga telah diundang untuk berceramah di beratus-ratus masjid, surau dan pelbagai organisasi di seluruh Malaysia dan Luar Negara. Antara karya penulisan beliau yang telah diterbitkan adalah, Travelog Dakwah: Meniti Hari Esok. Bersyukur Saat Diuji, Anekdot Madinah, Bersamamu di Firdaus, Nota dari Madinah dan Usahawan Akhirat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.