Tuan Guru Haji Yusuf Bin Ismail yakni mudir Pondok Tunjong
dilahirkan pada tanggal 3 Feb 1964 di Kampung Derdap, Limbat, Kota Bharu.
Pada awalnya beliau belajar di Pondok Pasir Tumboh, berguru
dengan Tuan Guru Haji Mustafa dan Tuan Guru Haji Abdul Aziz. Setelah itu
melanjutkan pengajian ke Pondok Sekam, Patani bertalaqqi dengan Tuan Guru Ayah
Dir dan akhirnya memondok di Pondok Bendang Badam, dibawah didikan Sibawaeh Fathani
Tuan Guru Baba Abdullah Sarah al-Jarumi.
Setelah tamat menuntut ilmu, beliau mula mengajar
masyarakat setempat dan akhirnya dilantik sebagai mudir di Pondok Tunjong,
Jalan Kuala Krai.
Pondok al-Fununiah al-Ghazaliah atau terkenal dengan
panggilan Pondok Tunjong ini telah diasaskan oleh al-Marhum Tuan Guru Haji
Ghazali Bin Abdullah pada tahun 1974 dan terletak di Kampung Tunjung, Jalan
Kuala Krai. Jaraknya adalah lebih kurang 7 kilometer dari Bandar Kota Bharu dan
merupakan sebuah pondok yang paling hampir dengan Bandar.
Setelah al-Marhum Tuan Guru Haji Ghazali Bin Abdullah
meninggal dunia pada tahuj 2002, pentadbiran madrasah ini diambil alih oleh
Ahli Jawatankuasa Madrasah yang diketuai oleh Ustaz Mohd Abdul Ghani Bin Ismail
(menantu Tuan Guru) dan kini diambil alih oleh Tuan Guru Haji Yusuf Bin Ismail.
Moga Allah Taala mengurniakan kesihatan yang baik kepada
Tuan Guru. Aamiin.
Kredit: Tengku Yusuff
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.