disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 18 Mac 2024

Majlis Tahlil Allahyarhamah Kak Yah.

Alhamdulillah. Selesai sudah majlis tahlil Allahyarhamah Zuriah @kak yah. Didoakan moga roh arwah kak yah dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang beriman dan yang beramal soleh.

Majlis bacaan tahlil dan doa arwah adalah bertujuan menghadiahkan pahalanya kepada si mati. Amalan ini merupakan gabungan antara bacaan surah daripada al-Quran, zikir yang merangkumi tasbih, tahmid, takbir dan selawat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW. 

Seusai bacaan tahlil dan bacaan doa, sedikit jamuan makan disediakan kepada ahli keluarga, jiran tetangga dan kenalan yang hadhir. Kos hidangan ditanggung daripada duit ahli keluarga dan bukan dari harta pusaka yang belum selesai atau harta anak yatim. Sebahagian lagi perbelanjaan diambil dari sedekah jiran atau kenalan berbentuk wang ringgit yang dihulurkan kepada keluarga yang ditimpa musibah kematian. 







Banyak perkara positif bila ramai sanak saudara datang membawa keluarga masing-masing. Mereka berkumpul beramai-ramai dan dapat bertanya khabar antara satu sama lain. Pada kesempatan itulah peluang mereka dapat mengenali sanak saudara yang berjauhan dengan lebih dekat dan tentunya hubungan persaudaraan mereka jadi semakin erat.

Terima kasih kepada semua yang hadhir terutama yang dah beberapa tahun tak berjumpa. Sudah menjadi kebiasaan dalam kalangan masyarakat muslim, mereka datang menziarahi jenazah dan keluarga si mati. Ajaran Islam amat menekankan dan mengambil berat tentang kepentingan mengeratkan hubungan silaturrahim.

Semoga kita semua sentiasa berada dalam rahmat dan kasih sayang Allah swt serta dijauhkan dari segala musibah... Aamiin. 



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.