السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Alhamdulillah telah selesai urusan pengkebumian arwah Kak Yah pada tengah malam tadi, 14 Mac 2024 @11.50mlm. Jenazah kak yah sebelum itu dimandi, dikafan dan disolatkan di Masjid Mukim Padang Enggang. Jenazah dibawa ke Tanah perkuburan Islam Jias, Kg Wakaf Che Yeh untuk dikebumikan dengan menggunakan van jenazah.
Syukur kehadhrat illahi segala urusan berjalan
dengan lancar dan dipermudahkan Allah swt. Semoga Allah mengampunkan dosa-dosa Kak Yah, di luaskan
kuburnya dan dikurniakan kematian yang khusnul khotimah serta arwah kak yah mendapat kelapangan
di alam sana.Terima kasih buat Tokwan Husin & Mami, Kak Da & Abe Din dan juga saudara Faizal Shukri yang banyak membantu menyegerakan urusan pengkebumian.
Tidak lupa ucapan ribuan terima kasih ditujukan kepada jiran tetangga, saudara mara dan rakan-rakan qariah Masjid Padang Enggang atas sokongan yang tidak ternilai yang telah mereka berikan.
❤️Jasa kalian semua
amat dihargai dan tak mungkin dapat dibalas.. hanya Allah swt yang mampu membalasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.