disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 18 Oktober 2026

Jemputan Ke Kuliah Maghrib Masjid Al-Kauthar Mukim Padang Enggang - 18 Oktober 2026.

 

Masjid Al Kauthar Mukim Padang Enggang Menjemput Muslimin Dan Muslimat Ke Kuliah Maghrib Bersama:

🎙️ Al-Fadhil Ustaz Nordin Said

(Jalan Menuju Allah dari Pandangan Ilmu Tasawuf)

📅 18 Oktober 2026 (Ahad malam Isnin) 

🕌 Selepas Solat Maghrib. 

📍 Masjid Al Kauthar Mukim Padang Enggang. 

Marilah sama-sama kita mengimarahkan masjid, menuntut ilmu dan mendalami tasawuf sebagai panduan serta mendekatkan diri kepada Allah SWT.

Sumbangan dari muslimin dan muslimat semua amat dialu-alukan. Sumbangan boleh disalurkan terus ke nombor akaun masjid:


Semoga setiap sumbangan yang diberikan menjadi amal jariah yang berpanjangan, diberkati rezeki, dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan kebahagiaan di dunia dan di akhirat kelak. 

 آمين يا رب العالمين

Selasa, 13 Oktober 2026

Doa Ditimpa Musibah (Doa Ummu Salamah)

Dari Ummu Salamah r.anha berkata, aku mendengar Rasulullah SAW bersabda,
"Tidaklah seorang muslim itu ditimpa suatu musibah, kemudian ia mengucapkan:
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un [QS 2:156]
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali)
lalu ia berdoa..
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ. اللهُمَّ أْجُرْنِي فِي مُصِيبَتِي، وَأَخْلِفْ لِي خَيْرًا مِنْهَا
Allahumma’ jurni fii musibati, wa akhlifli khairan minha
(Ya Allah, berilah aku pahala dalam musibahku ini dan berilah ganti yang lebih baik daripadanya)
Melainkan Allah SWT akan menggantikan baginya yang lebih baik daripadanya".
(HR. Muslim)
*Doa Yang Dibacakan Untuk Mereka Yang Ditimpa Musibah
اللهُمَّ أْجُرْلهم فِي مُصِيبَتِهم، وَأَخْلِفْ لهم خَيْرًا مِنْهَا
Inna lillahi wa inna ilaihi raaji’un. Allahumma' jurlahum fii musibatihim waakhliflahum khairan minha
(Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka ini dan berilah ganti kepada mereka yang lebih baik daripadanya)









Rabu, 2 September 2026

Foto Sekitar Kunjungan Kami Dari Kelantan Ke Negara Brunei Darussalam.

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته



Kunjungan ke Brunei pada 28 Ogos 2026 hingga 31 Ogos 2026 bagi kami sangat bermakna. Pertemuan semula dengan ahli keluarga selepas bertahun-tahun tak bersua muka pastinya penuh dengan rasa hiba, gembira, dan rindu dendam yang mendalam. 

Mengeratkan semula hubungan kekeluargaan yang sudah lama renggang memerlukan kesabaran, keikhlasan, dan toleransi. Pada awal perbincangan sememangnya yang paling sukar kerana di situlah terpaksa berhadapan dengan pro dan kontra dalam pelbagai perkara. 

Perjalanan merentas sempadan negara sejauh ribuan kilometer memerlukan perancangan dari segi kewangan, masa perjalanan dan dokumentasi. Bila dah dapat berkumpul ramai-ramai, berjumpa di alam nyata tanpa gajet, lebih seronok dan lebih mesra dan rasa berbaloi.  Segala penat lelah, pengorbanan masa atau wang yang dibelanjakan mendatangkan hasil yang memuaskan hati.

Sabda Rasulullah ﷺ:

مَنْ أَحَبَّ أَنْ يُبْسَطَ لَهُ فِي رِزْقِهِ، وَيُنْسَأَ لَهُ فِي أَثَرِهِ، فَلْيَصِلْ رَحِمَهُ

Yang bermaksud:

“Barang siapa yang ingin diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya, maka hendaklah dia menyambung silaturahim.”

(Hadis Riwayat al-Bukhari, no. 5986, dan Muslim, no. 2557)


Berikut beberapa foto kenangan sepanjang kunjungan kami:















Tulisan Jawi pada terlihat setiap sudut lapangan terbang.


















































 

Bacaan doa mengiringi pergerakan pesawat Royal Brunei Airlines
sebaik saja doa itu selesai, barulah pesawat mula berlepas.






Kunjungan ke Masjid Jame' Asr Hassanil Bolkiah 



























Maybank Islamic Berhad

RHB Islamic Bank Berhad




Semoga Allah SWT mencucuri rahmat ke atas roh  
Allahyarhamah Hjh Zubaidah Hj Ghazali
dan menempatkannya bersama ahli-ahli Syurga…



































Perkataan 'Ristaan' ialah kosa kata bahasa Melayu klasik yang sangat popular dalam dialek bahasa Melayu Brunei. Ia berasal daripada kata dasar 'rista' yang merujuk kepada mengenang kembali atau menceritakan semula peristiwa masa lalu.

Mengeratkan hubungan silaturahim bukan sekadar ziarah dan bertanya khabar, tetapi juga dengan saling mendoakan. Dalam dunia yang serba mencabar ini, walaupun jarak Malaysia dan Brunei telah memisahkan kami, dengan penggunaan teknologi moden membolehkan kami untuk terus berhubung dan terus mengekalkan ikatan kekeluargaan.

Akhir sekali, terima kasih famili yang baik hati dari Negara Brunei Darussalam. Layanan mesra dari kalian semua sangat menyentuh hati kami. Semoga ukhwah terus terjalin dan yang pasti kenangan selama beberapa hari disini akan terus kekal dalam ingatan 💛