disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 26 Februari 2025

Bacaan Al-Quran Bertajwid - Shaykh Ayman Swayd. (30 Juzuk)

Siapakah Dr Ayman Rusydi Suwaid..

Dr Ayman Suwaid, Ikon Arab dalam Qiraat dan Tilawah Al-Quran.

Dilahirkan di Damsyiq ,Syria pada 10 Dzulkaedah 1374 Hijrah bersamaan 26 Jun 1955 Masihi dan kini menetap di Arab Saudi.

Beliau dibesarkan dalam kalangan keluarga yang sangat beragama dan berpegang teguh dengan Al-Quran sejak zaman kanak-kanak. Beliau boleh diibaratkan sebagai seorang master dalam bacaan Al Quran. 

Setelah menamatkan pengajiannya di bangku sekolah, beliau melanjutkan pelajaran ke Universiti Damsyiq dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Mekanikal.

Beliau hanya bertahan selama 3 tahun dalam bidang kejuruteraan , kemudian beliau meninggalkan bangku kuliah untuk fokus pada Talaqqi Al Quran Qiraat Asyarah.

Dalam masa yang sama beliau juga belajar secara jarak jauh dalam bidang ilmu syariah di Maahad Al Furqan Damsyiq, Syria.

Setelah memperoleh ijazah dalam ilmu syariah, beliau meninggalkan Damsyik menuju ke Mesir, tempat di mana beliau menerima ijazah dari Maahad Qiraat Syubra di Kaherah pada tahun 1981M.

Beliau juga menerima ijazah dalam bidang bahasa Arab dari Fakulti Bahasa Arab, Universiti Al Azhar  pada tahun 1982M.

Beliau kemudiannya berhijrah ke Arab Saudi di mana beliau menerima Sarjana daripada Fakulti Bahasa Arab, Universiti Umm Al-Qura Mekah pada tahun 1990,

Diikuti dengan dua sijil kedoktoran; satu dari Universiti Umm Al-Qura pada tahun 1998M dan yang kedua dari Universiti Al-Azhar pada tahun 1999M

Ya,beliau pemilik dua pHD dalam bidang Bahasa Arab. Bukan biasa biasa hebatnya.

Selari dengan pengajiannya, Syaikh Ayman Suwaid telah berjaya menuntut ilmu dengan beberapa orang Ulama besar dalam bidang Al Quran serta membuktikan kecerdasan dan kemahiran yang luar biasa dalam membaca kitab suci Allah sehingga menerima banyak ijazah daripada para alim terkemuka dalam bidang Al Quran.

Antara Ulama Besar Al Quran yang menjadi guru kepada Syaikh Ayman Suwaid adalah Syaikh Muhyiddin Alkurdi, Syaikh Abdul Aziz Oyoun as Sud, Syaikh Muhammad Toha Sukkar, Syaikh Amer Othman, Syaikh Ahmed Abdul Aziz Al-Zayat dan ramai lagi

Shaykh Dr Ayman Suwaid juga menyandang beberapa jawatan penting dan mempunyai tanggungjawab penting terutamanya dalam bidang kepakarannya.

Disebabkan beliau bekerja sebagai perunding dalam Badan Pengajaran Quran Antarabangsa yang dimiliki oleh Persatuan Dunia Islam, beliau juga bekerjasama dengan Persatuan Amal Pengajaran Quran di Jeddah, menduduki jawatan penyelia pembelajaran Al Quran di beberapa masjid di tempat yang sama.

 Selain itu, beliau juga banyak menganjurkan program program Tilawah Al-Quran untuk menambah bilangan guru Al-Quran.

Atas latar belakang inilah beliau dikenali sebagai seorang yang sangat dihormati dan dipercayai, sekaligus menjadi rujukan utama dunia Islam dalam bidang tajwid Al Quran.

Na'imah Anuar Musaddad




Juz 1 

- Al Quran Muka Surat 01


Juz 2 

- Al Quran Muka Surat 22


Juz 3 

- Al Quran Muka Surat 42


Juz 4 

- Al Quran Muka Surat 62


Juz 5 

- Al Quran Muka Surat 82


Juz 6 

- Al Quran Muka Surat 102


Juz 7 

- Al Quran Muka Surat 122


Juz 8 

- Al Quran Muka Surat 142


Juz 9 

- Al Quran Muka Surat 162


Juz 10 

- Al Quran Muka Surat 182


Juz 11 

- Al Quran Muka Surat 202


Juz 12 

- Al Quran Muka Surat 222


Juz 13 

- Al Quran Muka Surat 242


Juz 14 

- Al Quran Muka Surat 262


Juz 15 

- Al Quran Muka Surat 282


Juz 16 

- Al Quran Muka Surat 302


Juz 17 

- Al Quran Muka Surat 322


Juz 18 

- Al Quran Muka Surat 342


Juz 19 

- Al Quran Muka Surat 362


Juz 20 

- Al Quran Muka Surat 382


Juz 21 

- Al Quran Muka Surat 402


Juz 22 

- Al Quran Muka Surat 422


Juz 23 

- Al Quran Muka Surat 442


Juz 24 

- Al Quran Muka Surat 462


Juz 25 

- Al Quran Muka Surat 482


Juz 26 

- Al Quran Muka Surat 502


Juz 27 

- Al Quran Muka Surat 522


Juz 28 

- Al Quran Muka Surat 542


Juz 29 

- Al Quran Muka Surat 562


Juz 30 

- Al Quran Muka Surat 582



Kredit video: Ummu Nadir

Pautan: Sheikh Ayman Swayd

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.