السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Tinggal beberapa hari lagi, Syaaban akan meninggalkan kita, terasa cepatnya masa berlalu. Dah hampir setahun kita telah meninggalkan Ramadhan 1445H. Ketika catatan ini ditulis, hanya berbaki 5 hari saja lagi kita akan memasuki bulan Ramadhan 1446H, bulan yang ditunggu-tunggu kedatangannya.
Alangkah ruginya jika kita membiarkan masa berlalu begitu sahaja tanpa dimanfaatkan. Rebutlah sebaiknya segala kesempatan yang terbentang di depan mata untuk meraih rahmat dan redha Allah SWT. Jangan bertangguh-tangguh sebab masa hadapan belum tentu lagi milik kita. Sekadar peringatan untuk diri saya dan juga untuk kita semua.
Pihak Masjid Mukim Padang Enggang mengalu-alukan sumbangan ikhlas dari warga Mukim Padang Enggang atau sesiapa saja bagi menyemarakkan pelbagai aktiviti ibadah dan kebajikan sepanjang bulan Ramadhan yang mulia ini. Sumbangan boleh disalurkan melalui akaun Bank Rakyat:
Berinfaq akan menjadikan hati bertambah suci dan jernih
daripada sifat-sifat tercela di samping ia juga dapat membersihkan harta yang
mungkin tercemar ketika bermualamah dengan manusia. Sebaik-baik Infaq ialah
yang dibuat tanpa pengetahuan sesiapa kerana ia adalah tarbiyah jiwa yang cukup
sukar dilakukan. Setiap sen yang kita berikan dengan ikhlas, insyaallah akan
kembali kepada kita dalam bentuk rezeki, kebahagiaan, dan pahala yang berlipat
ganda.
Oleh yang demikian kepada sesiapa yang ingin berinfaq atau mendapat
makluman terkini berkenaan Program Ihya Ramadhan 1446H bolehlah menghubungi:
- Imam Tua: Ustaz Hj Abdul Halim (No H/P: 013-9966082)
- Imam Muda: Ustaz Amir Hamzah (No H/P: 013-9184362)
- Bilal: Saudara Amrash Jaihan (No H/P: 017-3279098)
- JK Program: Saudara Ilias Mamat (No H/P: 011-14974111)
Tarikh hari pertama Ramadan atau Puasa 2025 akan ditentukan
selepas melihat anak bulan Ramadan pada petang 28 Februari ini, bersamaan 29
Syaaban 1446H.
Tarikh hari pertama Ramadan atau Puasa 2025 akan ditentukan
selepas melihat anak bulan Ramadan pada petang 28 Februari ini, bersamaan 29
Syaaban 1446H.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.