disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 10 Ogos 2021

Alhamdulillah Kak Irah Selamat Melahirkan Bayi Lelaki.

.السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

Salam Maal Hijrah 1443 moga tahun baru Hijrah ini membuka lembaran baharu buat kita semua. 

Syukur alhamdulillah atas segala nikmat dari Allah SWT, setelah 9 bulan dalam kandungan, tepat jam 3.07pagi 1 Muharram 1443H (10 Ogos 2021) telah lahirnya seorang bayi lelaki yang memiliki rupa paras yang ensem sebagaimana gabungan kedua-dua wajah ibu, Nazirah Dan bapanya Muhamad Ikhwan. 

Bayi lelaki comel yang diberi nama Aali Isyraf lahir dengan berat 3.86kg di Hospital USM Kubang Kerian Kelantan.


Ya Allah! Aku bermohon engkau jadikan anak ini anak yang baik, berani dan cergas, serta besarkanlah ia dalam Islam dengan baik. 

Semoga kehadiran Aali Isyraf memberi sinar kebahagian dan keceriaan buat semua keluarga kami khususnya keluarga di Wakaf Che Yeh dan di Berangan Tumpat Kelantan.

4 ulasan:

  1. Didoakan semoga menjadi anak yang sholeh dan menjalani penghidupan dengan barakah serta berjaya di dunia dan berjaya juga di akhirat hendaknya
    Ucapan tahniah buat atoknya dengan mendapat cucunda lelaki sebagai penhibur keluarga serta merapatkan kasih sayang ibubapa dan keluarga tercinta didoakan juga dipermudahkan segalanya untuk dibesarkan dan diberikan kasih sayang terhadap cahaya mata lelaki yang bernama Aali isyraf ini.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih kepada tuan atas ucapan dan doa tuan amat saya hargai. Semoga Allah SWT kabulkan doa yang telah diberikan. Ambo juga doakan semoga tuan dan famili diberi kesejahteraan dan dipermudahkan segala urusan.. Aamiin.

      Padam
  2. Tahniah sekali lagi buat atok dan neneknya serta ayahnda dan bonda Aali isyraf.

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.