disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 23 Julai 2021

SEDEKAH SUBUH

 

Kenapa sedekah subuh?  

Bukan bererti tidak boleh bersedekah di Waktu lain.  

Semua sedekah boleh, di setiap waktu dan di setiap saat. 

Setiap hari, sama ada hari Jumaat atau bukan hari Jumaat. 

Tetapi sedekah subuh itu termasuk dalam sedekah  terbaik. Kenapa? Kata Rasulullah, setiap subuh Allah turunkan Malaikat mendoakan orang yang bersedekah subuh.

Dari Abu Hurairah, Nabi Muhammad SAW bersabda “Ya Allah, gantikan yang lebih baik bagi orang-orang yang infaq di subuh hari"

Sedangkan satu lagi riwayat Bukhari “Ya Allah, berikan kerosakan bagi orang yang menahan hartanya”

Sediakan satu tabung dirumah. Setiap habis  solat subuh, isikan sedekah di dalam tabung dan berdoalah. Niatlah di dalam hati dengan terperinci untuk dunia dan akhirat. 

"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini mudahkan lah pekerjaan saya" 

"Ya Allah, dgn sedekah ini  aku mohon sampaikan pahalanya utk kedua orang tua ku" 

"Ya Allah, dgn berkah sedekah ini tenangkan hati dan jiwa aku supaya tidak emosi lagi", contoh2nya.. 

Waktu mustajab selepas solat subuh dan sebelum waktu syuruk. Maka segerakanlah, jangan terlepas waktu syuruk itu.

Rutinkan setiap hari, sehingga 30 - 40 hari. Sesudah sampai masanya, agihkan sedekah2 itu kpd anak yatim/surau masjid atau mana mana amalan terbaik.

Yang solat subuhnya di surau atau Masjid sedekahnya masukkan di tabung surau atau masjid.

Biasakan sedekah subuh walau cuma RM1, walau di lakukan secara istiqomah disitu dapat doa malaikat, doa malaikat mustajab di sisi Allah.

Dari perkongsian Ustaz Syekh Ali Jaber.

Wallahualam.



Link berkaitan:

Dasyatnya Sedekah Setiap Sholat subuh#Syekh Ali Jaber.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.