Almarhumah Moknik Hjh Che Moh berasal dari keluarga Che
Mamat yang berpengaruh di kampung Rupek Kota Bharu. Berkahwin pada awal 1940an
di zaman pendudukan jepun di Tanah Melayu dan terus menetap di kampung Wakaf
Che Yeh iaitu di kampong suami, Haji Yusof bin Hassan@ Pakchu HassanTok Teras. Almarhum Poknik Soh bekerja sebagai tukang
cat di Jabatan Kerja Raya (JKR) Kota Bharu.
Walaupun suami bertugas sebagai kakitangan kerajaan Moknik juga bertani
dan berkebun untuk menambah pendapatan keluarga.
Kehidupan mereka boleh
dikatakan senang jika dibandingkan dengan jiran-jiran yang kebanyakannya adalah
petani yang pendapatan mereka ibarat kais pagi makan pagi, kais petang makan
petang. Mereka hanya mengharapkan hasil dari penanaman padi sekali setahun.
Pada masa itu tiada kemudahan taliair dan hanya bergantung kepada air hujan
semata-mata.
![]() |
Moknik Che Moh dalam satu majlis kahwin pada 1997 di Segamat Johor |
Moknik yang terkenal sebagai seorang yang ada keterampilan, petah berkata-kata, kreatif dan amanah dilantik sebagai AJK Masjid - Ketua Biro Wanita pada tahun 1959 iaitu pada awal penubuhan Masjid Mukim Padang Enggang. Beliau bukan saja dikenali dengan sifat pemurah, suka menjamu makan kepada anak mukim malah istiqamah berjemaah serta mengikuti kuliah pengajian agama di masjid.
Sekitar tahun 60an hingga 90an... orang seperti Almarhumah
Moknik Che Moh dicari dan dipandang orang... wanita serba boleh….
Seorang yang aktif dan mampu memberi pendapat yang bernas..
Dia lah mak andam.. dialah juga ketua tukang masak dalam apa-apa majlis...
malah arwah juga yg dilantik sebagai ketua dalam apa jua aktiviti
kemasyarakatan.
![]() |
Almarhum Poknik Soh |
Belarok poksu man ko tu?
BalasPadamBelarok poksu man.. anak bongsu arwah paksu deris..
PadamSemoga roh arwah Mok Nik Che Moh dan Pok Nik Soh suami isteri dicucuri limpahan rahmat dr ALLAH SWT
BalasPadamآمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ
Padam