disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 15 Mei 2023

RAYUAN MENGEKALKAN JALAN ADAT SEDIADA ATAU MEMBINA JALAN ADAT BARU MELALUI LOT 488 KAMPUNG WAKAF CHE YEH.

Lot 488, Kg Wakaf Che Yeh,
15100 Kota Bharu.
Kelantan.
15 Mei 2023

 

Pentadbir Tanah Jajahan Kota Bharu,
Blok 1, Kompleks Kota Darulnaim,
Kota Bharu, Kelantan.
(u.p: Tuan Amilil Ariffin bin Dato' Salleh)


YBrs. Tuan, 

RAYUAN MENGEKALKAN JALAN ADAT SEDIADA  ATAU MEMBINA JALAN ADAT BARU MELALUI LOT 488 KAMPUNG WAKAF CHE YEH YANG TERLIBAT DENGAN PENGAMBILAN TANAH BAGI MAKSUD PEMBINAAN SALIRAN BANDAR, BANDAR BARU TUNJONG DI BAWAH PROJEK LEMBANGAN SUNGAI BERSEPADU (PLSB) FASA 1 (SKOP BANDAR BARU TUNJONG) 

Dengan segala hormatnya saya merujuk kepada perkara di atas dan surat puan PTG.KN 17/3/56/SJ 1 (1) bertarikh 6 Februari 2023.

2.         Sebagaimana pihak Tuan sedia maklum, Sebahagian lot 488 Kg Wakaf Che Yeh terlibat dengan Pemgambilan Tanah Bagi Maksud Pembinaan Saliran Bandar, Bandar Baru Tunjong Di bawah Projek Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Fasa 1 (Skop Bandar Baru Tunjong). Lot tanah tersebut merupakan tapak rumah dibina pada tahun 1930an hingga 1960an. Namun rumah tersebut telah dirobohkan disebabkan pemilik asal telah meninggal dunia.

3          Kami yang merupakan penama/wakil bagi lot tanah 488 tersebut memohon supaya dapat diberi pertimbangan mengekalkan Jalan adat yang telah sekian lama digunakan oleh penduduk kampung untuk pelbagai tujuan. Kami mencadangkan agar jalan adat tersebut dikekalkan atau dibina jalan adat yang baru untuk kegunaan kami dan penduduk kampung. Bersama- sama ini dikemukakan Lakaran jalan adat yang terlibat dengan lot 488 Kg Wakaf Che Yeh (Lampiran I)  

 Segala perhatian dan pertimbangan Tuan amatlah dihargai dan dialu-alukan.

Sekian, terima kasih.

 

Yang Benar

  1. Muhamad Sayuti bin Deris.
  2. Othman bin Deris.
  3. Rohani binti Deris.
  4. Mohamad Hashim bin Deris.
  5. Muhamad Ikhwan bin Muhamad Sayuti.
  6. Zainul Amin bin Mat Zin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.