disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 12 Mei 2023

KURSUS PERDANA HAJI 2023 DI UMK BACHOK KELANTAN.



Kursus Perdana Haji merupakan kursus haji peringkat akhir yang perlu diserta oleh bakal jemaah haji sebelum berangkat ke Tanah Suci. Kursus selama dua hari satu malam itu telah diadakan pada 05-06 Mei 2023 (14-15 Syawal 1444H) di Dewan Konvensyen Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Bachok, Kelantan. Kursus tersebut telah mengumpulkan bakal jemaah haji dari seluruh daerah dalam negeri Kelantan.


Kursus Haji adalah salah satu usaha TH untuk memberikan persediaan yang secukupnya kepada bakal-bakal haji dalam aspek ilmu agama terutama dalam ibadah haji. Kursus ini menekankan kepada amali ibadat haji dan dalam kelompok jemaah yang lebih ramai. 

Hanya bakal jemaah haji yang terpilih pada tahun semasa sahaja dijemput menghadhiri kursus tersebut oleh Pejabat TH Negeri atau Daerah.

Kursus itu melibatkan aktiviti:

  • Tawaf
  • Sa'ie
  • Bermabit
  • Melontar

 

Alhamdulillah…. tahniah dan terima kasih buat TH negeri Kelantan dan semua yang terlibat dalam menjayakan kursus tersebut.

Kehadhiran bakal jemaah menyertai kursus tersebut memberi banyak pengetahuan yang akan di praktikkan pada ibadah sebenar nanti.

Semoga semua bakal jemaah dipermudahkan segala urusan dan dikurniakan haji yang mabrur. 

Jazaakumullahu Khairan Kathira. 

 

Pautan: Kursus Perdana Haji 2023 Kelantan Di Umk

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.