Setelah sebulan lebih Pokcik Sin berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan. Akhirnya pada hari ini khamis, 20 mac 2023 @9.00pg Pokcik Sin telah dijemput menemui pencipta-Nya meninggalkan kami semua. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Kampung Demit, Kubang Kerian.
Kami sangat terasa kehilangannya kerana arwah Pokcik Sin seorang yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan keluarga besar kami di wakaf Che Yeh. Kenangan arwah bersama kami takkan pernah kami lupakan.
Jenazah pokcik sin disolatkan di Masjid Mukim Demit selepas solat asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demit.
Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami semua ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
Terima kasih untuk semua yang membantu menguruskan jenazah Pokcik Sin. Hanya Allah jualah yang dapat membalas segala kebaikan dengan kebaikan yang setimpal atau lebih baik lagi.
Semoga roh arwah mendapat keberkatan dan rahmat dari Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi Allah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.