disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      
Memaparkan catatan dengan label Makluman Kematian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Makluman Kematian. Papar semua catatan

Ahad, 29 Disember 2024

Makluman kematian: Haji Mohamad Bin Jaafar.



إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ.

 اَلّٰلهُمَّّ اغْفِرْ لَهُ وَرْحَمْهُ وَعَافِهِ وَعْفُ عَنْه.

Ya Allah, ampunilah dia, 

Rahmatilah dia, 

Maafkanlah dia, 

Ampunilah kesalahannya, 

Muliakanlah kematiannya, 

Lapangkanlah kuburnya, 

Jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada semua ahli keluarganya.

آمِيّنْ... آمِيّنْ... يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن.

Ahad, 24 November 2024

Salam Takziah Buat Keluarga Allahyarhamah Saleha Binti Ismail.

Al Fatihah buat allayarhamah Hajjah Saleha binti Ismail yang telah menghembuskan nafas yang terakhir di kediamannya di kampung Padang Enggang, Kota Bharu, Kelantan pada 23 November 2024, pada jam 5.30 petang.  

 

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Semoga Allah merahmati rohnya, memuliakan kematiannya, mengampuni segala kesalahannya, menjadikan syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan menempatkan arwah di kalangan orang-orang yang beriman.

Kepada Tuan Haji Rasli Omar dan seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan, moga diberi kesabaran serta ketabahan menghadapi ujian ini.

Ahad, 20 Oktober 2024

Salam Takziah Buat Keluarga Almarhum Hj Ghazali Bin Hj Majid.

Salam takziah kepada semua ahli keluarga Almarhum Ustaz Haji Ghazali bin Majid diatas pemergian insan tersayang.

Almarhum adalah menantu bongsu Tuan Guru Haji Abdullah Tahir, telah kembali kerahmatullah pada hari rabu, 16 Oktober 2024 @3.53 ptg. Jenazah Almarhum telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Bunut Payong.

 

Khamis, 15 Ogos 2024

Salam Takziah Kepada Seluruh Ahli Keluarga Mohd Saleh Daud @Abe Kob (Kg Ijok)

Mendapat perkhabaran bahawa Abe Kob (Kg. Ijok) telah kembali ke rahmatullah pada hari ini, 15hb Ogos 2024.

  • Ya Allah Ya Tuhanku 
  • ampunilah dia, 
  • rahmatilah dia, 
  • maafkanlah dia, 
  • muliakanlah kematiannya, 
  • lapangkanlah kuburnya, 
  • jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya.. 
  • dan 
  • berilah kesabaran kepada semua ahli keluarganya..... ﺁﻣِّﻴْﻦ

Rabu, 9 Ogos 2023

Dato Hajah Rogayah Sulong - Bekas Qariah Negeri Dan Negara Telah Kembali Ke rahmatullah Pagi Ini

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

Salam. Dukacita dimaklumkan bahawa Dato Hajjah Rogayah Sulong, bekas Qariah negeri dan negara telah kembali ke rahmatullah pd jam 8.15 pagi ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.  Semoga ruhnya dicucuri rahmat....... Aamiiin.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.


Dato’ Rogayah binti Haji Sulong merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah al-Quran tanah air. Dilahirkan di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir,Terengganu pada 24 Januari 1942 dan menetap di Kampung Durian Guling, Marang,Terengganu.

Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Melayu Kampung Tengah Banggol, Petai Bubus dan ke Sekolah Agama Kampung Tengah. Setelah tamat pengajian di Sekolah Agama, beliau ditugaskan sebagai guru al-Quran (JAKIM, 2007).

Hasil perkongsian hidup beliau dengan Haji Megat bin Megat Chik telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata (JAKIM, 2007).

Hajjah Rogayah mula mempelajari ilmu al-Quran melalui perantaraan bapanya iaitu Haji Sulong bin Haji Mohd Amin dan ibunya sendiri iaitu Hajah Nik bt Haji Jusoh serta ibu saudaranya iaitu Hajah Chik bt Haji Ali. Disinilah permulaan bakat semulajadi beliau diasah dan digilap sehingga menyandang johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan sebanyak tujuh kali dan di peringkat antarabangsa sebanyak empat kali sekitar tahun 1960-an.

Walaubagaimana pun, kini Hajjah Rogayah lebih menumpukan perhatian sebagai jurulatih kepada peserta qariah dan ada dalam kalangan mereka yang telah melakar nama diperingkat antarabangsa antaranya ialah Hajah Masnah bt Awang, Hajah Sepiah bt Muhammad, Hajjah Aminah bt Omar serta dalam kalangan qari seperti Haji Muhammad bin Awang Teh dan lain-lain lagi (JAKIM, 2007).

Menghargai sumbangan dan jasa yang disumbangkan maka, beliau telah dikurniakan anugerah seperti PJK, AMN, AMT, SMT dan JSM yang membawa gelaran Dato'.




Khamis, 20 April 2023

Pokcik Sin Menghembuskan Nafas Terakhir Pada Usia 65 Tahun.

 

Setelah sebulan lebih Pokcik Sin berulang alik ke hospital untuk menjalani rawatan. Akhirnya pada hari ini khamis, 20 mac 2023 @9.00pg Pokcik Sin telah dijemput menemui pencipta-Nya meninggalkan kami semua. Arwah menghembuskan nafasnya yang terakhir di rumahnya di Kampung Demit, Kubang Kerian.

Kami sangat terasa kehilangannya kerana arwah Pokcik Sin seorang yang sentiasa mengambil berat tentang kebajikan keluarga besar kami di wakaf Che Yeh. Kenangan arwah bersama kami takkan pernah kami lupakan.

Jenazah pokcik sin disolatkan di Masjid Mukim Demit selepas solat asar dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Demit.

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada kami semua ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.


Terima kasih untuk semua yang membantu menguruskan jenazah Pokcik Sin. Hanya Allah jualah yang dapat membalas segala kebaikan dengan kebaikan yang setimpal atau lebih baik lagi.

Semoga roh arwah mendapat curahan rahmat dari Allah dan ditempatkan bersama orang-orang yang beriman di sisi Allah.

 آمين يا رب العالمين

Isnin, 17 April 2023

Tuan Guru Nik Razi Bin Nik Mat Telah Kembali Ke Rahmatullah.

 

إنا لله وإنا إليه راجعون.... Dukacita dimaklumkan pada hari ini, Isnin - 26 Ramadhan 1444H / 17 April 2023, Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8 pagi tadi di kediamannya di Pulau Melaka. Tokoh ulama Kelantan itu menghembuskan nafas selepas diuji  terlantar sakit hampir empat bulan. 

Almarhum yang juga adinda kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat. 

TG Nik Razi bukanlah asing di kalangan penduduk mukim padang enggang, beliau pernah beberapa kali datang menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat jumaat di Masjid Mukim Padang Enggang.

Almarhum Nik Razi juga merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), bekas pensyarah Pondok Kandis Bachok dan bekas pengetua Maahad Muhammadi Lelaki. 

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada almarhum, diampunkan segala dosanya dan menempatkan roh almarhum Tuan Guru Nik Razi bersama para syuhada’ serta muttaqin di syurga-Nya. آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Ahad, 26 Februari 2023

Makluman Kematian: Salma Yusof (Kak Ma Tok Ngulu)

Dukacita dimaklumkan bahawa Salma Yusof, telah kembali ke rahmatullah pada 25 Febuari 2023 @12.45mlm tadi.

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga arwah.

إنَّا ِللهِ وإنَّا إلَيْهِ رَاجِعُوْن 

''Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan kepada Allah jualah kami kembali''

‎اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها 

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia." 

Aamiin.


***Solat jenazah akan diadakan pada jam 11.00 pagi di rumah arwah dan pengebumian akan diadakan di Tanah Perkuburan Islam Jias, Kg Wakaf Che Yeh, Kota Bharu.

Isnin, 23 Januari 2023

Semoga Pengakhirannya Dalam Husnul Khatimah.

Kepada sahabat2 yang mengenali Haji Nawawi Bin Ibrahim, seorang ahli kariah Masjid Mukim Padang Enggang yang istiqamah solat berjemaah. Baru sekejap tadi @7.05pagi (23 Januari 2023), saya mendapat khabar beliau telah dijemput pulang menghadap Yang Maha Esa, Rabbul Jalil. 

Saya mengenali arwah lebih 30 tahun lalu. Arwah seorang sahabat yang baik, pemurah dan suka membantu . Pemergian arwah amat dirasai...  

Ya Allah, ampunilah dia, rahmatilah dia, muliakan kematiannya, permudahkan segala urusan akhiratnya, tempatkannya dalam kalangan orang-orang yang beriman, kurniakan pengakhirannya dalam Husnul Khatimah dan jadikan kuburnya sebahagian dari taman-taman Syurga.

رَبَّنَا ٱغۡفِرۡ لَنَا وَلِإِخۡوَٲنِنَا ٱلَّذِينَ سَبَقُونَا بِٱلۡإِيمَـٰنِ

وَلَا تَجۡعَلۡ فِى قُلُوبِنَا غِلاًّ۬ لِّلَّذِينَ ءَامَنُواْ رَبَّنَآ

إِنَّكَ رَءُوفٌ۬ رَّحِيمٌ

"Wahai Tuhan Kami! Ampunkanlah dosa kami dan dosa saudara-saudara kami yang mendahului kami dalam iman, dan janganlah Engkau jadikan dalam hati perasaan hasad dengki dan dendam terhadap orang-orang yang beriman. Wahai Tuhan kami! Sesungguhnya Engkau Amat Melimpah Belas kasihan dan RahmatMu."

Salam takziah buat seluruh ahli keluarga yang ditinggalkan, semoga diberi kekuatan dan ketabahan menghadapi ujian ini.

Rabu, 24 November 2021

Salam Takziah Kepada Seluruh Keluarga Almarhumah Mak Su Dah.

 إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ

اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهَا وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا، وَأَكْرِمْ نُزُلَهَا، وَوَسِّعْ مَدْخَلَهَا، وَاغْسِلْهَا بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهَا مِنَ الْخَطَايَا كَمَا يُنَقَّى الثَّوْبَ الأَبْيَضُ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهَا دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهَا، وَأَهْلاً خَيْرًا مِنْ أَهْلِهَا، وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِها، وَأدْخِلْهَا الْجَنَّةَ، وَأَعِذْهاَ مِنْ عَذَابَ الْقَبْرِ وَفِتْنَتِهِ وَمِنْ عَذَابِ النَّارِ


Ertinya :

"Ya Allah... Engkau berilah keampunan baginya, dan limpahkan rahmat kepadanya, dan selamatkan dia dan dan maafkan kesalahannya. Engkau muliakan kedudukannya, dan luaskan tempat tinggalnya dan sucikan dia dgn air salji dan air yang sejuk. Engkau bersihkannya daripada kekotoran dosa sebagaimana dibersihkan pakaian yang putih dari segala kekotoran. Dan gantikan rumahnya dgn rumah yang lebih baik dan pasangan yang lebih baik. Masukkan dia ke dalam syurga dan lindungilah dia daripada azab kubur dan ujiannya serta jauhkan dia dari azab neraka."

Kematian adalah sesuatu hal yang sering terjadi di sekeliling kita setiap hari. Kematian adalah pengakhiran kepada kehidupan dunia dan permulaan kepada kehidupan akhirat. Mak Su Dah, 90 tahun disahkan meninggal dunia tengahari tadi @ rabu, 24 November 2021 akibat sakit tua. Jenazah dijangka akan dikebumikan pada jam 6.00 petang nanti di Kubur Surau, Wakaf che Yeh, Kota Bharu.

Marilah sama-sama kita doakan moga roh Almarhumah Mak Su Dah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang yg beriman dan beramal soleh.

Salam takziah kepada seluruh keluarga Almarhumah Maksu Dah.

Isnin, 31 Mei 2021

Ustaz Mat Talib Telah Kembali Ke Rahmatullah - 28 Mei 2021.

Ustaz Mad merupakan salah seorang pendakwah di Bahagian Dakwah Halaqat Pengkalan Chepa.

Pernah bertugas sebagai Imam Tua di Masjid Fathul Mubin, Mukim Tok Sadang, Pengkalan Chepa. Beliau  banyak menyumbang dalam pembangunan ilmu agama dan pembinaan masyarakat.

Banyak ilmu yang dicurahkan sepanjang beberapa tahun mengajar (kuliah maghrib) di Masjid Mukim Padang Enggang sekitar tahun 2010.

Semoga Allah menerima segala keringat serta usaha beliau dalam menyebarkan dakwah Islam dan mengampuni segala dosa-dosanya dan meletakkan roh almarhum bersama para nabi, syuhada' dan solihin.

Selasa, 15 Disember 2020

YM Prof Di Raja Ungku Aziz Abdul Hamid 98 Tahun Telah Kembali Ke Rahmatullah.

 


انا لله و انا الیه راجعون

Ya Allah Ya Tuhanku

Ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman..

Telah kembalinya ke Rahmatullah YM Prof Di Raja Ungku Aziz Abdul Hamid 98 tahun petang tadi 15.12.2020 kira kira jam 4 ptg di Hospital Prince Court, KL kerana sakit tua.

Dilahirkan di London pada 28hb Januari 1922, menjadi Ketua Ahli Lembaga Pengarah Bahasa dan Kesusasteraan Malaysia tahun 1956 hingga 1958 , kemudian di angkat menjadi Vice Chancellor Universiti Malaya 1968 hingga 1988, Pengasas Tabung Haji, dinobatkan sebagai Proffesor diraja tahun 1978 dan pakar dlm Bidang Pendidikan serta ekonomi

Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang2 yang beriman dan beramal Soleh...

آمين يا رب العالمين

Ahad, 11 Oktober 2020

Makluman Kematian: Telah Kembali Ke Rahmatullah Tuan Haji Rahim Haji Mat.

 إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ


Dukacita dimaklumkan bahawa Abdul Rahim Haji Mat telah kembali ke rahmatullah pada 10 Okt 2020 (Sabtu). 

Rahim Hj Mat - Satu nama yang tidak asing bagi penduduk negeri kelantan yang berumur dalam lingkungan 50an. Namanya sentiasa meniti di bibir peminat satu masa dulu. Suaranya sering berkumandang di corong radio sekitar tahun 1970an. Beliau adalah bekas juruhebah terkenal di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kota Bharu. 

Selepas bersara dari perkhidmatan. Beliau menyertai secara aktif dalam gerakan dakwah/tabligh. Beliau pernah mengikuti rombongan dakwah tabligh ke India. Gerakan dakwah tabligh bertujuan menyeru manusia untuk keluar ke Jalan Allah bagi tujuan pengislahan diri dan melatih diri mengamalkan sunnah-sunnah Rasulullah dalam kehidupan. Mereka melakukan usaha dakwah dengan bergerak dari masjid ke masjid, dari rumah ke rumah, dari kampung ke kampung, Penekanan mereka adalah untuk mengajak masyarakat berjemaah di masjid.

Sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan di kalangan para solihin dan seluruh ahli keluarganya tabah menerima dugaan ini.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia".

                آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ



Link berkaitan:
Asal Nama Kampung Wakaf Che Yeh.