disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 9 Ogos 2023

Dato Hajah Rogayah Sulong - Bekas Qariah Negeri Dan Negara Telah Kembali Ke rahmatullah Pagi Ini

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ 

Salam. Dukacita dimaklumkan bahawa Dato Hajjah Rogayah Sulong, bekas Qariah negeri dan negara telah kembali ke rahmatullah pd jam 8.15 pagi ini di Hospital Sultanah Nur Zahirah, Kuala Terengganu.  Semoga ruhnya dicucuri rahmat....... Aamiiin.


اَللَّهُمَّ اغْفِرْلَها وَارْحَمْهَا وَعَافِهَا وَاعْفُ عَنْهَا

Ya Allah Ya Tuhanku, ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن

Salam takziah buat seluruh ahli keluarganya.


Dato’ Rogayah binti Haji Sulong merupakan satu nama yang tidak asing lagi dalam dunia tilawah al-Quran tanah air. Dilahirkan di Kampung Banggol Tuan Muda, Manir,Terengganu pada 24 Januari 1942 dan menetap di Kampung Durian Guling, Marang,Terengganu.

Pendidikan awal beliau bermula di Sekolah Melayu Kampung Tengah Banggol, Petai Bubus dan ke Sekolah Agama Kampung Tengah. Setelah tamat pengajian di Sekolah Agama, beliau ditugaskan sebagai guru al-Quran (JAKIM, 2007).

Hasil perkongsian hidup beliau dengan Haji Megat bin Megat Chik telah dikurniakan tujuh orang cahaya mata (JAKIM, 2007).

Hajjah Rogayah mula mempelajari ilmu al-Quran melalui perantaraan bapanya iaitu Haji Sulong bin Haji Mohd Amin dan ibunya sendiri iaitu Hajah Nik bt Haji Jusoh serta ibu saudaranya iaitu Hajah Chik bt Haji Ali. Disinilah permulaan bakat semulajadi beliau diasah dan digilap sehingga menyandang johan Majlis Tilawah al-Quran Peringkat Kebangsaan sebanyak tujuh kali dan di peringkat antarabangsa sebanyak empat kali sekitar tahun 1960-an.

Walaubagaimana pun, kini Hajjah Rogayah lebih menumpukan perhatian sebagai jurulatih kepada peserta qariah dan ada dalam kalangan mereka yang telah melakar nama diperingkat antarabangsa antaranya ialah Hajah Masnah bt Awang, Hajah Sepiah bt Muhammad, Hajjah Aminah bt Omar serta dalam kalangan qari seperti Haji Muhammad bin Awang Teh dan lain-lain lagi (JAKIM, 2007).

Menghargai sumbangan dan jasa yang disumbangkan maka, beliau telah dikurniakan anugerah seperti PJK, AMN, AMT, SMT dan JSM yang membawa gelaran Dato'.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.