disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 9 Oktober 2022

Ziarah Mantan Imam Muda Masjid Mukim Pdg Enggang Di Bukit Mertajam.

Ust Shahiman Hassan
ZIARAH adalah satu amalan yang disyariatkan, bahkan sangat digalakkan dalam Islam. Amalan ziarah dapat mendekatkan yang jauh dan menambahkan kemesraan bagi yang berada berdekatan. Namun, keterbatasan masa dan kesempatan menjadikan ramai yang sudah tidak memberikan perhatian dan tak mengambil berat mengenai perkara ini. Sedangkan menjaga dan merapatkan ukhuwah adalah sangat dianjurkan oleh agama Islam. Amalan ziarah amat dituntut dalam Islam, hukumnya wajib ziarah kedua-dua ibu bapa dan ziarah yang disunatkan seperti ziarah jiran, sahabat handai dan rakan bertujuan mengeratkan hubungan silaturahim.

Pada hari jumaat 07hb Oktober 2022, kami dari Masjid Padang Enggang berkesempatan menziarahi Ustaz Shahiman Hassan, mantan Imam Muda Masjid Mukim Padang Enggang. Ustaz Shahiman kini menjadi tenaga pengajar di Sekolah Menengah Sains Tun Syed Sheh Shahabudin, sebuah sekolah berasrama penuh di Bukit Mertajam.

Misi ziarah kami di ketuai oleh Hj Hasbullah Tajuddin dan disertai oleh beberapa orang Jemaah Masjid Padang Enggang. Saudara AF15 iaitu anakanda kepada Hj Hasbullah ditugaskan sebagai pemandu sepanjang misi ziarah kami selama 2 hari.

Dalam perjalanan balik dari, sempat singgah Kg Charok Putih di Baling, Kedah..... sebuah kampung terpencil yang menjadi sorotan akbar arus perdana sekitar 36 tahun yang lalu.... disinilah terjadinya peristiwa memali. Peristiwa berdarah memali berlaku pada November 1985, insiden ini mengorbankan14 orang dan berpuluh-puluh cedera serta penahanan beratus-ratus orang murid almarhum ust Ibrahim oleh anggota keselamatan. 

Tragedi Memali 1985 merupakan satu sejarah yang terus jadi tanda tanya dan penuh kontroversi.... Selepas 36 tahun sejarah berdarah ini berlalu, tragedi memali terus dikenang. Menurut isteri almarhum ust Ibrahim Libya, kawasan rumahnya menerima pelawat yang ramai setiap tahun. Pelawat datang untuk melihat sendiri kesan sejarah tragedi memali yang masih berbaki. Apa yang diberitakan banyak yang telah ditokok tambah, malah ada yang berunsur fitnah dengan mengada-adakan cerita yang tidak benar.




Isteri Almarhum Ust Ibrahim melayan
setiap soalan yang kami kemukakan
 

Gambar-gambar yang sempat diambil sepanjang misi ziarah kami:







Terima kasih AF15👍🏻👍🏻 yang menjadi pemandu misi ziarah kami... kamu memandu dengan cekap.... Pemanduan yang cekap, selesa dan meyakinkan membuatkan kami dapat berehat secukupnya sepanjang perjalanan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.