Masjid an Nabawi adalah masjid kedua paling suci dalam Islam, masjid kedua terbesar di dunia selepas Masjid al-Haram di Mekah. MasjidilHaram adalah masjid paling suci dan Masjid al-Aqsa merupakan masjid ketiga tersuci dalam Islam.
Masjid an Nabawi terletak di Madinah, Arab Saudi. Masjid Nabawi dibina oleh Nabi Muhammad SAW sejurus selepas hijrahnya dari Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Makam Nabi, serta makam dua orang sahabatnya yang paling setia, Abu Bakar al-Siddiq dan Umar ibn al-Khattab terletak di dalam masjid. Setiap tahun berjuta-juta umat Islam dari seluruh dunia mengunjungi Masjid Nabawi di Madinah (al Munawwarah).
Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Siapa saja yang berpeluang menjejakkan kaki ke Masjid Nabawi, pasti akan berusaha untuk solat dan berdoa di dalam Raudhah. Raudhah tempat yang mustajab untuk berdo’a. Tempatnya berada di antara rumah yang kini jadi makam Rasulullah SAW dengan mimbar yang baginda gunakan untuk berdakwah. Disitulah 1400 tahun yang lalu, Rasulullah melakukan solat, menerima wahyu, berdakwah, dan sebagai tempat solat para sahabat.
Hadis Abdullah bin Zaid Al-Mazini r.a:
Sesungguhnya Rasulullah s.a.w pernah bersabda: Tempat yang berada di antara rumahku dan mimbarku adalah di antara taman-taman Syurga.
Hadis Sahih Muslim: 2463
Beberapa fakta menarik tentang Masjid an Nabawi:
- Mempunyai 7 orang Imam yang bertugas secara bergantian.
- Memiliki 17 orang Muadzin.
- Jumlah pekerja melebihi 1.620 orang secara keseluruhan.
- Jumlah pintu yang ada adalah sekitar 100 pintu.
- Dibersihkan 3 kali dalam sehari.
- Mempunyai karpet melebihi 16.000 karpet.
- Karpet yang diguna akan melalui beberapa proses terlebih dahulu iaitu vakum, pencucian, pengeringan, dijemur dibawah panas matahari dan dijahit jika ada yang rosak.
- Ada 27 Kubah secara keseluruhan.
- Mempunyai 262 payung termasuk payung-payung yang ada dibahagian luar dan payung-payung yang ada dibahagian dalam Masjid Nabawi.
- Semua Kubah dan Payung akan dibersihkan sebanyak dua kali dalam setahun.
- Memiliki 7,200 tong-tong untuk Air ZamZam.
- Menyimpan sebanyak 7.433 buah manuskrip.
- Menyediakan sebanyak 162.635 buku atau kitab di perpustakaan Masjid Nabawi.
Klik imej untuk melihat keindahan dalaman Masjid an-Nabawi dengan teknik visualisasi 3 dimensi. |
https://vr.qurancomplex.gov.sa/
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.