Apa itu Bells palsy?
Bell’s Palsy adalah satu keadaan yang menyebabkan satu sisi muka menjadi lemah. Ini boleh berlaku apabila salah satu daripada saraf yang mengawal otot-otot di muka menjadi rosak atau tidak berfungsi sepenuhnya. Penyakit ini menyebabkan kerosakan pada saraf muka iaitu pada sebelah bahagian sahaja samaada sebelah kiri mahupun sebelah Kanan meliputi dari dahi sampai ke dagu. Ianya bersifat sementara dan terjadi apabila otot yang mengawal ekspresi muka tidak berfungsi kesan kecederaan atau gangguan kepada saraf muka. Situasi ini disebabkan oleh otot muka tidak mendapat rangsangan otak dan tidak berfungsi sepenuhnya.
Kerosakan saraf ini biasanya berlaku apabila saraf menjadi stres atau bengkak kerana jangkitan virus. Kebanyakan orang yang terkena serangan Bells Palsy pulih sepenuhnya. Walaupun begitu ada juga sebilangan kecil pesakit yang berdepan dengan gejala Bells Palsy sepanjang hayatnya.
Bells Palsy biasanya kerap terjadi pada wanita mengandung, namun demikian penyakit itu boleh juga terjadi kepada sesiapa saja tanpa dibatasi usia atau jantina. Jika cepat mendapat rawatan, pesakit Bells Palsy boleh pulih seawal 3 minggu. Ada yang mengambil masa sehingga 6 bulan, malah ada juga sebilangan kecil yang tidak pulih sepenuhnya.
Perubahan pada otot muka saya pada 24 jam pertama adalah seperti berikut:
- Kening sebelah kanan sedikit terkebawah berbanding yang sebelah kiri.
- Keupayaan yang lemah untuk berkelip atau menutup kelopak mata di sebelah kanan.
- Bibir senget sebelah.
- Bila berkumur, air keluar hanya dibibir sebelah kanan.
- Makanan sering tertinggal di celah gusi di sebelah bahagian yang terjejas.
- Kesukaran untuk meludah, bibir bawah sebelah kiri jadi tebal.
Saya telah pergi ke klinik swasta berhampiran untuk mendapat rawatan dan seterusnya dirujuk ke hospital kerajaan untuk dapat rawatan segera dengan doktor pakar Otorinolaringologi.
Setelah menjalani pemeriksaan rapi terutama di bahagian dalam hidung dan bahagian dalam telinga doktor beri 3 jenis ubat:
- Prednisolone (Steroid, untuk mengurangi peradangan pada saraf)
- Mecoblamine (vitamin saraf)
- Hydroxypropyl Methylcelulose (ubat titis mata)
- serta temujanji untuk jalani rawatan fisioterafi.
Di Unit Fisioterapi, saya diajar oleh En Baihaqi beberapa jenis urutan muka yang boleh membantu menguatkan otot-otot dan saraf muka. Saya juga diberikan, pamplet cara-cara urutan fisioterapi.
Cara urutan dan yang diajar oleh En Baihaqi/ pamplet seperti
mana berikut:
- Angkat kedua-dua kening anda ke atas, tahan selama beberapa saat dan ulang beberapa kali.
- Pejamkan mata anda serapat yang boleh, tahan selama beberapa saat dan ulang beberapa kali.
- Kerutkan bahagian tengah antara dua mata.
- Rapatkan bibir dan muncungkan mulut serta buat tiupan atau bersiul
- dan ulang beberapa kali.
- Bila makan kunyah makanan di bahagian yang lemah dan minum air guna straw.
- Basuh muka dengan air suam dan bila ambik wuduk, sapukan dari bawah muka keatas.
- Pakai cermin mata hitam untuk melindungi kornea daripada angin dan habuk.
Selain dari itu, saya turut buat carian di internet berkaitan cara-cara untuk pulihkan masaalah Bells Palsy.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.