disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 17 April 2023

Tuan Guru Nik Razi Bin Nik Mat Telah Kembali Ke Rahmatullah.

 

إنا لله وإنا إليه راجعون.... Dukacita dimaklumkan pada hari ini, Isnin - 26 Ramadhan 1444H / 17 April 2023, Tuan Guru Nik Razi bin Nik Mat telah kembali ke rahmatullah pada pukul 8 pagi tadi di kediamannya di Pulau Melaka. Tokoh ulama Kelantan itu menghembuskan nafas selepas diuji  terlantar sakit hampir empat bulan. 

Almarhum yang juga adinda kepada Almarhum Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat memberi sumbangan yang begitu besar khususnya dalam bidang dakwah dan pendidikan kepada masyarakat. 

TG Nik Razi bukanlah asing di kalangan penduduk mukim padang enggang, beliau pernah beberapa kali datang menyampaikan khutbah dan mengimamkan solat jumaat di Masjid Mukim Padang Enggang.

Almarhum Nik Razi juga merupakan bekas pensyarah di Universiti Teknologi MARA (UiTM), bekas pensyarah Pondok Kandis Bachok dan bekas pengetua Maahad Muhammadi Lelaki. 

Solat jenazah akan diadakan selepas solat Asar di Masjid Tok Guru, Pulau Melaka. Semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada almarhum, diampunkan segala dosanya dan menempatkan roh almarhum Tuan Guru Nik Razi bersama para syuhada’ serta muttaqin di syurga-Nya. آمیـــــــــــــن یارب العالمین


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.