disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 28 Mei 2014

Semakan Arah Kiblat (28 Mei dan 16 Julai setiap tahun)

Pada hari ini 28 Mei 2014, bagi sesiapa yang berada di bumi Mekah tepat pada pukul 12.16pm waktu  Mekah akan dapat menyaksikan “Hari Tanpa Bayang”, kerana pada saat itu matahari berada tegak diatas Kaabah. Peristiwa ini akan berlaku 2 kali dalam setahun iaitu pada 28 Mei (pukul 5.16 petang waktu Malaysia) dan sekali lagi pada 16 Julai (5.28 petang waktu Malaysia). Fenomena ini dipanggil Istiwa A'zam.

Penentuan arah kiblat yang tepat sangat penting kerana ia merupakan antara syarat sah solat samada solat fardhu atau sunat. Jadi umat ISLAM di muka bumi ini berkewajipan memastikan kedudukan arah kiblatnya tepat mengadap Kaabah.

Waktu Piawai Malaysia diwujudkan, diselenggara dan disebarkan oleh Institut Metrologi Kebangsaan Malaysia (UTC +8 Longitude 120° East).

 

Cara mencari arah kiblat

Pacakkan sebatang kayu yang lurus tegak 90 darjah di atas permukaan yang rata. Apabila sampai waktunya iaitu tepat jam 5.16 pm jika kaedah ini digunakan pada 28 Mei atau pada pukul 5.28 pm jika pada tarikh 16 Julai. 

Sekira tahun seterusnya kebetulan ianya merupakan tahun lompat, maka ia akan berlaku awal sehari iaitu 27 Mei dan 15 Julai. 

Perhatikan bayang yang terhasil dari tiang yang ditegakkan, anak panah menunjukkan arah yang tepat kearah kiblat.


Foto pada 28 Mei 2014 @12.16 petang waktu Mekah. Matahari berada tepat di atas Kaabah, tiada bayang yang kelihatan ketika jemaah mengerjakan solat Zuhur.

2 ulasan:

  1. artikel yang baik. tapi mohon masukkan sekali untuk tahun lompat, tarikh fenomena Istiwa’ A’zam adalah 27 mei supaya tidak ada yang keliru. jazakallah.

    BalasPadam
  2. Terima kasih tuan, cadangan tuan untuk penambahbaikan telah dikemaskini๐Ÿ‘๐Ÿ‘

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.