Pokok kurma biasanya jarang ditanam di Malaysia
kerana keadaan iklim atau cuaca yang tidak sesuai. Pokok kurma hanya terdapat
di negara padang pasir dan jika ditanam di negara ini maka persepsi masyarakat
tentunya pokok itu tidak akan berbuah. Namun, berbeza sekali di negeri Kelantan
apabila pohon kurma dilihat tumbuh subur di sekitar bandar Kota Bharu.
Tujuh tahun lalu, Unit Landskap Majlis Perbandaran Kota
Bharu (MPKB) telah mananam pokok kurma di bandar Kota Bharu sebagai tanaman
hiasan untuk mengindahkan lagi bandar ini supaya bersesuaian dengan gelaran Kota Bharu Bandaraya
Islam. Malah, pokok itu turut dijadikan tanaman hiasan oleh jabatan dan lain-lain agensi yang beroperasi di sini.
Bulatan
Tuan Padang atau lebih dikenali sebagai Bulatan Jam Besar merupakan lokasi yang menarik perhatian orang ramai dan tumpuan lensa kamera merakamkan kepelikan pokok kurma yang berbuah lebat dan sedang mekar di
tengah-tengah Bandar Kota Bharu. Buahnya
dijangka masak dan boleh dipetik pada bulan ramadhan yang bakal menjelang beberapa minggu lagi. Bagaimanapun, pihak MPKB melarang orang ramai memetiknya
bagi memastikan pokok tersebut kekal terjaga dan tidak pula melarang mana-mana pihak yang mahu
menikmati kurma yang sudah gugur.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.