disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 29 November 2014

Majlis Bubur Asyura Masjid Mukim Padang Enggang.


Pada hari Sabtu, 22 November 2014 bersamaan 29 Muharram 1436H yang lalu, Program tahunan masjid iaitu Majlis Bubur Asyura  telah diadakan di Masjid Mukim Padang Enggang. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar seperti yang dirancang.

Acara bermula sebaik sahaja Jemaah selesai solat subuh. Penyediaan tempat memasak dan bahan-bahan semuanya telah disediakan sehari sebelum oleh qariah wanita. Sarapan pagi dan makan tengahari juga disediakan.

Program yang disambut agak meriah dengan penglibatan qariah lelaki, wanita dan remaja. Kehadhiran qariah amat membanggakan iaitu lebih dari 100 orang. Walaupun begitu sebagaimana yang telah diputuskan dalam mesyuarat, 5 buah pasukan dibentok yang ditugaskan untuk mengacau  5 kawah suro bermula seawal 7.00 pagi sehingga suro masak . Setiap pasukan terdiri dari 10 orang. Sebanyak 50 helai t-shirt dibahagikan kepada setiap ahli dalam pasukan sepertimana berikut:
  1. Pasukan Tok Wakil (Merah)
  2. Pasukan Tok Imam (Hitam)
  3. Pasukan Tok Penghulu (Biru)
  4. Pasukan Tok Bilal (Kuning)
  5. Pasukan Tok Siak (Ungu)
Setiap pasukan diwakili oleh 10 orang yang  tugas mereka hanyalah mengacau suro. Apa yang saya perhatikan, ramai qariah yang hadhir dan turut membantu untuk menjayakan serta memeriahkan suasana. Biasanya Suro ni mengambil masa sekurang-kurangnya 6 jam untuk masak. Mereka mengacau suro sambil berkongsi macam-macam cerita. 

Inilah seronoknya program sebegini, ia sebenarnya membuka lebih banyak ruang untuk kita mengenali rakan dan mengeratkan lagi silaturrahim sesama Jemaah serta untuk menarik minat rakan remaja yang lain kearah memakmurkan rumah Allah.

Majlis Bubur Asyura Masjid mukim Padang Enggang menjadi bertambah ceria apabila menerima kunjungan ADUN Bunut Payong, YB Dr Ramli yang sempat meluangkan masa walaupun dalam keadaan sibuk dengan program beliau sendiri pada hari tersebut. 




















Sebelah malam pula telah diadakan Kuliah Maghrib (Hijratul Rasul) yang disampaikan oleh Ustaz Abdullah, penceramah jemputan yang memang tidak asing lagi dan telah beberapa kali datang  memberi kuliah agama kepada warga Padang Enggang. 
Terima kasih yang tidak terhingga buat Ust Abdullah yang sudi mengambil tempat Ustaz Saibon yang flight delay dari Kuala Lumpur ke Kota Bharu. Ustaz Abdullah terpaksa membatalkan kuliahnya ditempat lain pada saat-saat akhir demi menyempurnakan program tahunan Masjid Mukim Padang Enggang.

Pada malam itu juga diadakan acara penyampaian hadiah oleh YB Dr Ramli kepada:
  • Pemenang Futsal Remaja
  • Pelajar2 Cemerlang yang mengikuti Program Membina Generasi Solat (MGS)  
  • Johan bagi 'kategori suro terbaik'.
  • Cabutan Bertuah.  
Semua hadiah berupa hamper sumbangan dari En Mohd Bazlan, seorang usahawan muda yang juga pemilik premis perniagaan Eratuah Supermart Sdn Bhd. Hamper-hamper yang disediakan untuk cabutan bertuah hanya kepada mereka yang hadhir dan memberi kerjasama sepenuhnya sepanjang program berlangsung.

Tahniah pada Pasukan Tok Penghulu yang diumumkan sebagai Johan 'Kategori Suro Terbaik'. Menurut komen salah seorang juri dari kalangan qariah wanita, Pemilihan itu berdasarkan rasanya yang sedap, yang hanya mengambil masa selama 5 jam saja untuk masak dengan menggunakan sumber bahanapi  semulajadi iaitu kayu rambutan. 

Selesai solat isyak mereka semua dihidangkan dengan jamuan suro. Mereka makan dalam suasana gembira setelah seharian bertungkus lumus menyediakan makanan ini yang hanya setahun sekali dibuat iaitu pada bulan muharam. Mereka juga berkesempatan untuk beramah mesra dengan wakil rakyat sambil meluahkan masaalah dan juga pandangan tentang isu semasa.

Terimakasih kepada semua yang telah memberikan sumbangan idea, tenaga dan wang ringgit demi menjayakan program kali ini. Semoga program ini dapat diteruskan lagi pada tahun hadapan. InsyaAllah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.