Selamat menunaikan Ibadah Haji kepada Paksu Man dan Maksu Mah yang
telah terpilih menjadi Tetamu Allah tahun ini.
Selamat berangkat buat insan-insan yang terpilih sebagai duyufurrahman. Semoga segala urusan ke tanah suci dipermudahkan,
dikurniakan kesihatan yang baik dan dapat manfaatkan sebaik-baiknya peluang
semasa berada disana.
Pada saat ini saya dan isteri masih sabar menunggu keputusan rayuan haji, moga Allah SWT permudahkan permohonan rayuan agar dapat juga kami menjejakkan kaki ke bumi haramain pada tahun ini bagi menyempurnakan rukun Islam yang kelima. Menziarahi tanah haram Mekah dan Madinah tentunya menjadi impian di sanubari setiap Muslim di seluruh dunia.
Doa dari kami kepada Paksu Man, Maksu Mah dan kesemua Tetamu Allah pada musim haji 1444H/2023M dianugerahi haji mabrur oleh Allah Azzawajalla.
“Pergimu Sebagai Dhuyufurahman, InsyaAllah Kembalimu Nanti Dengan Kemakburan”
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.