Permohonan mereka seterusnya yang bertarikh 18 ogos 2016 untuk mendapatkan 5 penutup longkang konkrit dari Jabatan Parit Dan Saliran Kelantan mendapat kelulusan segera dengan kerjasama dan bantuan teknikal mantan Pengarah Jabatan Parit Dan Saliran, Dato Mat Rahim Ismail.
Kerja-kerja merata batu kasaran dilakukan oleh Majlis Perbandaran Kota Bharu. Manakala kerja memasang lima penutup konkrit pada longkang pula dilakukan oleh pihak Jabatan Parit Dan Saliran. Setelah semuanya siap dilaksanakan telah membolehkan lori kecil keluar masuk membawa barangan keperluan binaan melintasi longkang air buangan dari pekan Wakaf Che Yeh ke sungai ijok.
Dengan adanya kemudahan pengangkutan keluar masuk, kawasan ini dijangka akan jadi tumpuan anak Mukim Padang Enggang untuk membina rumah kediaman setelah Lorong Masjid Padang Enggang dan Lorong Madrasah serta kawasan yang berdekatan sudah agak padat dengan penduduk.
![]() |
Lorong Paksu Haji Deris sebelum penambakan batu kasaran |
![]() |
En Hassan (berkopiah) dan En Ramli (bertopi) tekun memerhati kerja merata jalan dilakukan |
![]() |
Lampu jalan yang dipasang pada tiang letrik (TNB) menjadikan
laluan sekitar kawasan ini terang benderang pada waktu malam |
![]() |
Laluan yang melintasi longkang dilebarkan bagi memudahkan kenderaan keluar masuk melalui Lorong Paksu Haji Deris |
![]() |
Laluan yang sebelum ini sunyi sepi.. kini sudah kedengaran deruan enjin kenderaan setiap hari |
![]() |
Klik pada imej untuk dapat paparan lokasi sebenar dalam Google Maps |
Rujukan: Fail
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.