Berikut adalah senarai nama pegawai dan ahli jawatankuasa Masjid Mukim Padang Enggang 2018 / 2019:
SETIAUSAHA:
![]() |
Hj Ruzaidi Bin Ismail |
BENDAHARI:
![]() |
Haji Fauzi Bin Deris |
AHLI JAWATANKUASA:
![]() |
Hj Mohd Noor Bin Dollah (Bilal) |
![]() |
En Idrus Bin Ibrahim (Siak) |
![]() |
En Ibrahim Taib (Penghulu Wakaf Che Yeh) |
![]() |
En Alias Bin Mamat |
![]() |
En Mat Hassan Bin Md Ariffin |
![]() |
En Azli Bin Ismail |
![]() |
En Ahmad Bin Mohamood |
![]() |
En Khairul Azlin Bin Mohd |
![]() |
En Anuar Bin Saman |
![]() | |
|
- Memastikan masjid menjadi tempat kariah beribadah terutamanya mendirikan solat jumaat, solat fardhu dan solat sunat.
- Mengadakan guru untuk kelas pendidikan Islam yang memberi faedah kepada ahli kariah.
- Mengatur dan persiapan tempat untuk mengadakan sesuatu majlis perayaan yang berkaitan dengan Agama Islam.
- Memastikan masjid dijadikan Pusat penyebaran dakwah, maklumat, peraturan dan akur arahan daripada Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK)
- Tempat mengadakan mesyuarat atau perjumpaan berkenaan dengan perkara-perkara yang berkaitan dengan kegiatan keagamaan.
- Mempergiat fungsi lain yang berkaitan dengan kegiatan agama Islam sebagaimana diluluskan oleh MAIK dari semasa ke semasa.
- Memastikan semua arahan yang dikeluarkan oleh Majlis mengenai hal ehwal masjid dan anak-anak kariah dilaksanakan sebaik mungkin.
- Memastikan hanya mereka yang mempunyai tauliah oleh Majlis Agama Islam Kelantan (MAIK) sahaja yang dibenarkan berceramah dan mengajar di masjid tersebut.
Jawatankuasa mestilah benar dalam segala aktiviti yang dirancang, amanah dalam pengurusan kewangan dan bertanggungjawab dalam memastikan peranan dan fungsi masjid berjalan dengan baik. Masjid hendaklah menjadi tempat kepada golongan yang lemah dan memerlukan di kalangan ahli qariah sebelum mereka mendapatkan bantuan.
Pengurusan masjid hendaklah adil
dalam memberikan segala bantuan kepada anak kariah yang memerlukan tanpa
melihat kepada faktor politik, puak dan keturunan. Masjid tidak seharusnya
menjadi badan pengumpul sumber kewangan yang akhirnya hanya
menguntungkan pihak bank.
Antara program yang dilaksanakan adalah kuliah
maghrib pada setiap hari yang merangkumi tazkirah umum, pengajian kitab dan hadis, kelas agama khusus untuk qariah wanita yang dibimbing oleh Ustazah Siti Zubaidah dan kursus asas haji dan
umrah.
Selain itu, Masjid Mukim Padang Enggang turut
menganjurkan program kemasyarakatan seperti kelas mengaji al-Quran, majlis
tadarus sempena Ramadan, kuliah subuh, majlis Qiyamullail, majlis berbuka puasa
dan sambutan hari raya, kenduri kesyukuran, kenduri arwah serta tahlil.
Hasil sumbangan yang diinfakkan
oleh penduduk akan digunakan semula untuk kebajikan serta kegunaan mereka melalui ahli jawatankuasa dilantik dan mereka dibahagikan kepada pelbagai biro termasuk
dakwah, kebajikan.
Berikut adalah sebahagian dari hampir 100 orang pelajar yang mengikuti
kelas Al-Quran. Pakej pengajian yang tidak dikenakan bayaran yuran bulanan ini mendapat
sambutan yang amat menggalakkan dari penduduk mukim Padang Enggang:
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.