Surah Al-Mulk merupakan surah yang ke – 67 terkandung dalam Al-Quran di muka surat 562 dalam juzuk 29.
Ia antara surah yang mempunyai
kelebihan yang boleh melepaskan kita dari azab kubur.
Surah al-Mulk mempunyai kelebihan apabila dibaca pada
setiap malam. Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW
bersabda:
إِنَّ سُورَةً فِي الْقُرْآنِ ثَلاَثُونَ آيَةً شَفَعَتْ لِصَاحِبِهَا
حَتَّى غُفِرَ لَهُ : تَبَارَكَ الَّذِي بِيَدِهِ الْمُلْكُ
Yang bermaksud:
Sesungguhnya surah dalam al-Quran padanya 30 ayat, dapat memberi syafaat kepada seorang lelaki sehingga diampunkan. Ia adalah surah al-Mulk.
Riwayat Ibn Majah (3786)
Antara kelebihan yang terdapat apabila membaca Surah Al-Mulk adalah:
- Diampunkan dosa bagi yang membacanya
- Surah Al Mulk penyelamat dari azab kubur
- Amalan Nabi Muhammad SAW setiap malam
- Surah Al- Mulk menjadi pembela di hari akhirat
Jadi jom sama-sama kita jadikan Surah Al-Mulk sebagai amalan seharian dalam kehidupan kita. Moga ia akan terus memberi syafaat bagi orang yang membacanya dengan penuh istiqamah.
Pautan: Cepat Hafal | Surah Al-Mulk (Teknik Ulang 5 Kali)
Kredit: Premium Digital
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.