Tanah Perkuburan Islam Jias adalah tanah perkuburan lama yang berkeluasan lebih kurang 2 ekar dan masih digunakan sehingga hari ini. Jumlah kehadhiran pada hari ini seramai 13 orang. Mereka datang seawal 8.00 pagi dengan membawa peralatan yang perlu seperti mesin rumput, kereta sorong, cangkul, penyodok sampah, sabit, parang dan lain-lain.
Kebelakangan ini persekitaran Tanah Perkuburan Islam Jias tidak
terurus seperti sebelumnya, rumput pun dah panjang dan tumbuhan liar sudah mula menjalar. Keadaan ini berikutan kematian Pak Mat Kubur pada bulan November yang lalu pada usia 64 tahun. Pak Mat Kubur (arwah) secara sukarela telah mengambil tugas menjaga tanah perkuburan lebih kurang 10 tahun yang lalu setelah melepasi usia persaraan, sebelum itu arwah bertugas sebagai pekerja am di syarikat kontraktor pemasangan elektrik swasta.
Semasa hayatnya arwahlah yang diharapkan oleh penduduk menjaga urusan menggali kubur, menjaga kebersihan dan keadaan persekitaran kubur serta memantau dan mengawasi kawasan kubur supaya tidak disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya penagih dadah. Pada setiap awal bulan, arwah pok mat akan pergi dari rumah kerumah di sekitar kampung Wakaf Che Yeh untuk mendapat sedikit sumbangan dari penduduk untuk membeli keperluan menjaga kebersihan kubur.
Secara peribadi saya yang juga rakan rapat kepada arwah merasakan pemergian arwah merupakan satu kehilangan..seorang yang tekun, gigih dan sabar menghadapi karenah sebahagian kecil masyarakat yang pelbagai ragam……seperti yang sering diluahkannya..... yang sememangnya tak elok saya catatkan disini.....
Segala pengorbanan arwah kepada sebilangan besar warga mukim Padang Enggang akan
tetap diingati. Semoga Allah SWT tempatkan arwah di kalangan hambaNya yang beriman dan beramal soleh...Amiin Ya Rabbal A'Lamiin.
Semasa hayatnya arwahlah yang diharapkan oleh penduduk menjaga urusan menggali kubur, menjaga kebersihan dan keadaan persekitaran kubur serta memantau dan mengawasi kawasan kubur supaya tidak disalahgunakan oleh mereka yang tidak bertanggungjawab terutamanya penagih dadah. Pada setiap awal bulan, arwah pok mat akan pergi dari rumah kerumah di sekitar kampung Wakaf Che Yeh untuk mendapat sedikit sumbangan dari penduduk untuk membeli keperluan menjaga kebersihan kubur.
Secara peribadi saya yang juga rakan rapat kepada arwah merasakan pemergian arwah merupakan satu kehilangan..seorang yang tekun, gigih dan sabar menghadapi karenah sebahagian kecil masyarakat yang pelbagai ragam……seperti yang sering diluahkannya..... yang sememangnya tak elok saya catatkan disini.....
Dengan menghadhirkan diri menyertai aktiviti yang
dianjurkan sebegini akan dapat mewujudkan rasa bertanggungjawab dikalangan warga mukim Padang Enggang untuk menjaga kebersihan tanah perkuburan, dan aktiviti ini akan dapat memupuk semangat bekerjasama dalam menjalankan
sebarang program anjuran Masjid disamping dapat mengeratkan lagi silaturrahim dikalangan warga mukim Padang Enggang.
foto arwah |
Justeru itu sama-samalah kita terus usahakan supaya Tanah Perkuburan Islam Jias ini
sentiasa bersih walaupun ada di antara kubur di sini telah lama tidak diziarahi
sanak saudara terdekat mereka. Justeru
itu kita ambil lah kesempatan ketika masih ada usia yang berbaki ini dengan memperbanyak berbuat kebaikan dengan nawaitu kerana Allah..
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.