disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 4 Disember 2019

Program Ziarah Musafir Madrasah Tahfiz Quran Dan Qiraat, Teluk Mas, Melaka Ke Masjid Mukim Padang Enggang.

Umat Islam memang digalakkan untuk bermusafir iaitu mengembara untuk menambahkan keimanan kepada Allah SWT. Dalam bermusafir, nikmat pancaindera pendengaran dan penglihatan serta hati harus peka dan digunakan untuk memperakui kekuasaan dan kebesaran Allah. Program Ziarah biasanya dilakukan dengan mengunjungi suatu tempat yang mempunyai tujuan keagamaan dan kadangkala terpaksa menempuh jarak perjalanan yang jauh..

Pada hari ahad 01 Disember 2019, Madrasah Tahfiz Quran dan Qiraat, Teluk Mas, Melaka telah mengadakan ziarah dakwah ke Masjid Mukim Padang Enggang. Rombongan mereka seramai 48 orang pelajar bersama empat orang tenaga pengajar. Mereka datang dengan sebuah bas dan sebuah van.

Beberapa lokasi yang dikunjungi rombongan tersebut sepanjang beberapa hari berada di Kelantan iaitu Masjid Tengku Muhammad Faiz Petra, Gua Musang dan beberapa buah maahad lagi di Pulau condong, di jalan PCB Kota Bharu dan di Pulau Melaka.


Tentatif program:
  • Ucapan aluan imam - penerangan aktiviti masjid
  • Persembahan nasyid oleh pelajar kelas al quran
  • Ucapan wakil pelawat- Ust khairul.
  • Jamuan makan.
  • Bersurai
Ucapan aluan dari Tuan Imam
Masjid Mukim Padang Enggang

Ucapan Ustaz Khairul - wakil
Madrasah Tahfiz Quran dan Qiraat





    


Hasil dari lawatan tersebut, pelajar-pelajar kelas al quran dari Masjid Mukim padang Enggang juga berpeluang beramah mesra dengan pelajar tahfiz tersebut. Malah mereka juga dapat mengaut nilai-nilai positif dari dari pelawat yang tentunya berkebolehan dan berdaya saing dalam pembelajaran ilmu al quran. Program mereka seterusnya ialah mengadakan lawatan ke beberapa destinasi di negeri PERAK Darul Ridhwan. 

Saya mewakili Warga Mukim Padang Enggang mendoakan semoga semua ahli rombongan Madrasah Tahfiz Quran Dan Qiraat, Teluk Mas, Melaka selamat dalam perjalanan ke destinasi mereka seterusnya.



Oleh Cg Ruzaidi.

2 ulasan:

  1. Assalamualaikum WBT

    Alhamdulillah, Segala Pujian utk Allah SWT & selawat ke atas Nabi Muhammad SAW

    Jazakallah Khair Kathira ila pihak pengurusan Masjid Mukim Padang Enggang, pihak imam, bilal, AJK dan semua jemaah yang meraikan kehadiran kami dari Melaka Bumi Hang Tuah

    Sekalung Tahniah dan Penghargaan yang tidak terhingga diucapkan kepada semua yg terlibat dalam usaha untuk menaikkan syiar Islamiah ini dan pihak MTQQTM merakamkan sejuta ucapan Jazakallah Khair di ats kesudian pihak masjid menerima dan melayan pelajar2 kami

    Insya Allah ada kelapangan, masa dan rezeki kita bertemu kembali Biiznillah

    Al-Faqir 'Ila Allah:
    Al-Fadhil Ustaz Abdullah Bin Hj Hashim Al-Hafiz
    Mudir MTQQTM
    Telok Mas Melaka

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum w. b. t
    Alhamdulillah.
    Terima kasih. Kami amat berbesar hati atas kesudian pihak tuan menziarahi kami, sebuah masjid dan mukim kecil di Kota Bharu.

    Kehadiran tuan memberi pengalaman baru kepada kami semua khasnya anak-anak muda kami selaras dengan motto kami, Remaja Masjid Anakku Sayang.

    Semoga ikatan silaturahim antara kita berkekalan. In sya Allah.

    Kami sentiasa mengalu-alukan kehadiran jemaah luar samada dari dalam atau luar negara.

    Jika ada perancangan ke Kelantan di masa akan datang, jangan lupa menziarahi masjid kami.

    Salam dari semua AJK, jemaah dan anak-anak pelajar Masjid Mukim Padang Enggang.

    Terima kasih
    Cikgu Ruzaidi bin Ismail
    Setiausaha
    Masjid Mukim Padang Enggang

    BalasPadam

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.