doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Selasa, 19 April 2011

MASJIDIL AQSA DAN QUBBAT AS-SAKHRAH ( DOME OF THE ROCK)

MASJIDIL AQSA



Masjidil Aqsa adalah masjid kedua tertua dan ketiga tersuci di dunia. Masjid itu dibangunkan di atas lokasi  tempat ibadah Yahudi (kenisah) Haykal Sulaiman. Masjidil Aqsa merupakan antara tiga masjid yang perlu dikunjungi oleh kaum Muslim sesuai dengan anjuran Nabi  Muhammad s.a.w. Keutamaan Masjidil Aqsa ini didasarkan daripada sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:  “Janganlah kamu merasa berat untuk mengadakan perjalanan ke tiga masjid: Masjidil Haram, Masjidku ( Masjid Nabawi ) dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama dari 100,000 kali di tempat lain kecuali di Masjidil Aqsa.” ( Riwayat ad-Darimi, an-Nasa’i, dan Ahmad)

Masjidil Aqsa disebut di dalam al-Quran yang berkaitan dengan peristiwa Israk Mikraj. Nabi s.a.w. melakukan Israk (perjalanan malam hari) dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa sebelum bermikraj ke Sidratulmuntaha, sebagaimana dalam firman-Nya: “Maha Suci Allah, yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian daripada tanda-tanda (kebesaran) Kami…” .

Kalangan ulama berbeza pendapat mengenai istilah “aqsa”. Sebahagian berpendapat bahawa masjid ini disebut Aqsa (Jauh) kerana memang jauh dari Masjidil Haram di Mekah. Menurut pendapat lain, masjid ini disebut Aqsa kerana ia merupakan tempat yang bebas daripada segala jenis kotoran, tempat turunnya malaikat serta wahyu, dan kiblat para nabi sebelum Nabi Muhammad s.a.w. Pendapat lain lagi mengatakan bahawa Masjidil Aqsa bukan di Baitulmaqdis tetapi di Sidratulmuntaha. Alasan ini didasarkan pada fakta bahawa Haykal Sulaiman sudah dihancurkan pada tahun 70 SM oleh Kaisar Titus dari Rom.

Masjidil Aqsa berada dalam sebuah kompleks di kota Baitulmaqdis (rumah, tempat suci atau yang disucikan). Baitulmaqdis adalah sebutan bagi Jerusalem yang juga disebut al-Quds. Masjidil Aqsa didirikan di atas tanah bekas Haykal Sulaiman. Di dalam kompleks itu, Masjidil Aqsa terletak di selatan Kubah as-Sakhrah yang juga dikenali dengan nama Masjid Umar atau The Dome of the Rock. Masjid itu didirikan seperti di atas sakhrah (batu hitam yang menjadi landasan mikraj Nabi s.a.w) oleh Abdul Malik bin Marwan pada tahun 72 H/691 M.




Nabi Sulaiman a.s membangun tempat ibadah Yahudi (kenisah) di Jerusalem yang disebut Haykal Sulaiman. Bangunan yang terletak di Haram asy-Syarif itu lalu dihancurkan oleh Kaisar Titus pada tahun 70 SM. Khalifah Umar membina sebuah masjid (Masjidil Aqsa) di bekas lokasi Haykal Sulaiman itu. Kubah masjid itu berwarna perak. Masjidil Aqsa telah diperbaiki beberapa kali, namun bentuknya tetap tidak berubah.

Ketika menerima penyerahan Jerusalem (dahulu bernama Aelia) daripada penguasa Nasrani, Umar al-Khattab mendapati tompokan sampah di atas sakhrah. Beliau dan kaum Muslim membersihkan tempat itu. Lalu beliau berkata kepada Ka’b bin Ahbar (seorang Yahudi yang memeluk Islam), ”Menurut pendapat kamumu, di mana saya dapat mendirikan sembahyang untuk kaum Muslim?” Dia (Ka’b) menjawab, ”Dirikanlah di belakang(sebelah utara) sakhrah.” Umar pun membalas, ”Hai kau anak perempuan Yahudi, kau masih terpengaruh dengan kefahaman Yahudi! Sebaliknya, saya akan mendirikan masjid tempat di pusat lokasi Haykal Sulaiman kerana kami menguasai seluruh pusat kenisah itu.” Lalu, sebuah Masjid dibina di sebelah selatan sakhrah seperti yang dapat disaksikan sekarang ini. Masjid itulah yang dinamakan Masjidil Aqsa.

Ada 2 bangunan masjid di kawasan tersebut. Masjid Al Aqsa adalah berkubah biru tua,manakala yang berkubah emas itu adalah Qubbat As-Sakhrah yang terletaknya  Batu Terapung di bawahnya, ia juga popular sebagai Dome of The Rock. Di sebabkan ia terletak dalam kawasan yang berhampiran, maka ramai yang salah anggap dan mengatakan bahawa kubah emas adalah Masjid Al Aqsa.


QUBBAT AS-SAKHRAH (DOME OF THE ROCK)




                    









 Foto batu yang menjadi landasan mikraj Nabi S.A.W. 
(Ini adalah sebahagian dari tanda2 kebesaran Allah)






 Para Jemaah Mengambil peluang  bersolat Di Bawah Batu Terapung.







Gambar PALSU kononnya Batu Terapung / Tergantung di Palestine ini terus disebarkan dan amat kurang bagi mereka yang bertanya akan kesahihannya.


Setelah berjaya membina negara haram di bumi Palestin, kini yahudi mengatur langkah seterusnya untuk meruntuhkan masjid al-Aqsa dengan alasan masjid ini di bina di atas Haikal Kerajaan nabi Sulaiman. Sememangnya Haikal Kerajaan nabi Sulaiman terbina berhampiran masjid Aqsa sekarang tetapi pembinaannya yang dilakukan oleh nabi Sulaiman adalah beberapa ratus tahun selepas pembinaan Masjid al-Aqsa. Ini bermakna masjid Aqsa dibina terlebih dahulu sebelum terbinanya Haikal tersebut dan kedua-duanya merupakan hak umat Islam bukannya hak yahudi yang merupakan pembunuh nabi-nabi. Nabi Sulaiman sendiri merupakan keturunan nabi Ibrahim dan penerus kepada dakwah Islam.

Yahudi akan terus berusaha dalam meruntuhkan masjid al-Aqsa dengan apa cara sekali pun dan kita umat Islam wajib mempertahankannya walau terpaksa menumpahkan darah demi Islam. Kita akan sentiasa mengingati kata-kata tegas yang pernah keluar daripada mulut Sultan Abdul Hamid II yang merupakan salah seorang Khalifah Kerajaan Uthmaniah Turki di mana ketika ditawarkan dengan tawaran lumayan oleh kesatuan yahudi antarabangsa supaya dibenarkan yahudi berpindah beramai-ramai dan menduduki bumi Palestin lalu beliau menjawab : " Kami tidak menjual tanahair dengan wang. Kami mendapat negeri kami dengan pengorbanan darah datuk nenek kami. Kami tidak mungkin melepaskannya walau pun seinci tanpa kami mengorbankan darah kami untuk mempertahankannya".

Bumi Palestin dan masjid Aqsa adalah milik seluruh umat Islam bukannya milik umat arab yang mesti dipertahankan. Yahudi mesti terus diperangi dan diusir dari tanahair milik umat Islam ini dengan apa cara sekali pun. Jangan terlalu mengharap kepada Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) kerana ia dikuasai oleh Yahudi yang berpusat di Israel dan mengatur segala perancangan mereka melalui pusat pentadbirannya di barat Amerika Syarikat dan Asia Tenggara ialah di Singapura. Pertubuhan Persidangan Negara Islam (OIC) pula hanya bergegar di dewan tetapi bantuan yang akan disalurkan ialah makanan dan ubatan bagi yang cedera dan kain kapan bagi yang telah mati ditembak. Pemimpin negara umat Islam hanya pentingkan pangkat dan harta mereka sahaja sedangkan kekayaan yang dianugerahkan oleh Allah kepada seluruh negara umat Islam sebenarnya untuk mempertahan dan mengembangkan Islam.

Umat Islam di Palestin memerlukan bantuan ketenteraan dan persenjataan dalam menghadapi yahudi yang kejam. Menunggu kebenaran Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) sebelum menghantar bantuan ketenteraan seperti terus merelakan umat Islam dibunuh dan masjid Aqsa diruntuhkan. PBB yang dikuasai yahudi tidak akan membantu umat Islam dalam memerangi yahudi.

Perjuangan kita masih jauh dan teruskanlah memberi bantuan material disamping doa kepada semua umat Islam terutama di Palestin yang dibunuh sesuka hati. Kita juga mengharapkan agar dibuka hati para pemimpin negara umat Islam untuk lebih bertanggungjawab dan berani dalam mempertahankan Islam dan umatnya daripada terus ditindas dan dizalimi oleh musuh Islam. Kita tidak mahu lagi melihat pemimpin yang hebat bercakap dalam masalah memerangi yahudi tetapi ada rakyatnya merengkok dalam penjara kerana membantah kemasukan pengganas yahudi ke negaranya.



sumber : qhazanah.wordpress.com


Misteri Baitulmaqdis dan Haiqal Sulaiman

Tiada ulasan:

Catat Ulasan