doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 29 Disember 2014

Banjir Melanda Mukim Padang Enggang.

Setiap musibah yang berlaku, sama ada kecil atau besar, pastinya mempunyai hikmah tersembunyi. Allah tidak turunkan musibah tanpa sebab kecuali ada perkara-perkara tertentu yang telah dilakukan oleh kita.

Cuba fikir sejenak... apakah perkara yang telah kita lakukan sehingga Allah turunkan musibah sedemikian rupa?

Umat Islam sekarang, sangat jauh dengan Islam. Apa tidaknya..  aurat dibuka sewenang-wenangnya yang tutup aurat pula berpakaian ketat-ketat.

Kita juga tak pernah cuba nak jaga mata, telinga, dan mulut kita daripada membuat dosa.

Mata kita, hari-hari dipertontonkan dengan filem barat yang tidak menutup aurat dengan sempurna, tarian-tarian yang menggairahkan.

Telinga kita diperdengdangkan dengan lagu-lagu yang bukan memuji kebesaran Allah dan Rasul.

Mulut kita pernahkah kita jaga daripada bercakap perkara yang sia-sia?

Qiamulail jauh sekali, kalau pun ada yang sanggup bangun tengah malam, bukan nak solat tahajud, tapi nak tengok bola...

Ada je drama tv yang best atau siaran perlawanan akhir bolasepak, sanggup lewatkan solat...

Solat jemaah dimasjid… ramai abaikan… masjid jadi lengang … yang ada hanyalah orang-orang tua..

Golongan remaja pulak bebas keluar berdua-duaan tanpa ikatan yang sah…ke hulu ke hilir, tiada siapa yang berani melarang...


Lebih kurang pukul 1.30 ptg 25 Disember 2014 air mulai mengalir masuk kawasan rumah ambo yang jaraknya cuma 200 meter sahaja dengan masjid mukim Padang Enggang. Pada jam 5.00 petang hampir keseluruhan kawasan berhampiran Masjid Mukim Padang Enggang telah digenangi air banjir. Pada ketika itu air berada pada paras betis dan ianya terus naik dan mengalir semakin deras.

Ramai juga jiran tetangga ambo berpindah ke Bangunan Masjid Mukim Padang Enggang apabila air banjir melepasi anak tangga dan menghampiri lantai rumah mereka. Imam Tua Masjid Ust Hj Ab Halim & keluarga antara yang menjadi mangsa banjir dan terpaksa berpindah ke bangunan masjid.


Catatan aras air banjir: 25 Dec 2014 @ 11.15 pagi

Ustaz Haji Hanafi
Mantan Imam Tua
Masjid Mukim 
Padang Enggang 
Banjir yang melanda pada Disember 2014 telah mencatat sejarah bagi Penduduk Mukim Padang Enggang ini kerana banjir kali ini paling teruk kerana menenggelamkan banyak kawasan-kawasan yang sebelum ini tidak pernah tenggelam. Banjir tahun ini dikatakan lebih teruk daripada  banjir  tahun 1967 sebagaimana yang diberitahu oleh Ust. Haji Hanafi, mantan Imam Tua Masjid Mukim Padang Enggang. Menurutnya lagi air banjir yang besar seperti ini tidak pernah terjadi sejak 60 tahun yang lalu berbanding pada kali ini rumah beliau juga turut dinaiki air sehingga paras pinggang.


Musibah banjir ini adalah ujian Allah kepada kita semua bagi menguji keimanan dan kesabaran hamba-Nya. Begitu besarnya dugaan yang terpaksa dihadapi namun kita hendaklah bersabar dan menerima dugaan ini dengan tabah dan berlapang dada. Allah berfirman dalam Surah Al-Hadid ayat 22:
yang bermaksud:
Tidak ada sesuatu kesusahan (atau bala bencana) yang ditimpakan di bumi, dan tidak juga yang menimpa diri kamu, melainkan telah sedia ada di dalam Kitab (pengetahuan Kami) sebelum Kami menjadikannya; sesungguhnya mengadakan yang demikian itu adalah mudah bagi Allah.

Banjir yang menimpa kita ini mudah-mudahan dapat mendidik dan melembutkan hati kita agar merasa simpati di atas musibah yang menimpa saudara mara atau rakan-rakan kita rakyat Malaysia yang mungkin jauh di mata kita tetapi sepatutnya dekat di lubuk hati kita. Jadilah kita orang yang mudah menghulur bantuan tanpa perlu memikir panjang, memikir siapa mereka kerana orang yang ditimpa musibah sepertimana yang berlaku di Manek Urai, Kuala Krai itu sememangnya amat mengharapkan bantuan segera. Mangsa banjir Manek Urai seramai 500 orang yang  ditempatkan di pusat pemindahan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Manek Urai berada dalam situasi bahaya bagaikan nyawa dihujung tanduk apabila air semakin naik sehingga mencecah ke tingkat tiga bangunan sekolah.

Kerajaan negeri telah menubuhkan satu tabung bencana banjir bagi membantu semua mangsa-mangsa banjir tersebut. Semua mereka yang ingin berbakti sama ada di dalam atau luar Negeri bolehlah salurkan sumbangan kepada:
Tabung Amanah Bencana Banjir Negeri Kelantan di akaun BIMB 03018010080024 atas nama penerima Pegawai Kewangan Negeri Kelantan. 


Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Enggang.




Depan New Horizon Restaurant
KM6 Jln. Kota Bharu-Kuala Krai

Wakaf Che yeh (KM 5 Jln kuala Krai)

Wakaf Che Yeh - 25 Dis 2014 jam 6.20 ptg
Wakaf Che Yeh - 26 Dis 2014




Marilah kita berusaha menjadikan musibah banjir yang melanda ini untuk kita memperkukuhkan hubungan kita dengan Allah. Sekiranya kita jauh marilah kita berusaha mendekatkan diri kita kepadaNya dengan memperbanyakkan amal, kita bertaubat menebus dosa-dosa kita yang lalu. Janganlah musibah menambahkan lagi dosa-dosa kita dan murka Allah kerana kejahilan dan kelekaan kita. Dalam suasana musibah ini, kita masih perlu menjalankan tanggungjawab kita dengan memelihara aurat kita, batas-batas pergaulan, tutur kata dan menjaga solat-solat kita. والله أعلم 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan