doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 17 September 2016

Solat Jenazah Ghaib untuk Almarhum TG Dato' Dr Haron Din.


Ustaz Hj. Ahmad Shairazi Atiqullah 

Lebih 500 jemaah menunaikan solat jenazah ghaib untuk Almarhum TG Dato' Dr Haron Din di Masjid Pondok Pasir Tumboh. Solat diimamkan oleh Setiausaha Agong Pondok Pasir Tumboh, Ustaz Hj. Ahmad Shairazi Atiqullah selepas selesai menunaikan solat Zohor.

TG Dato Haron Din, 76 tahun  meninggal dunia pada jam 10.10 pagi semalam waktu Malaysia di Hospital Stanford University, San Francisco, Amerika Syarikat akibat komplikasi jantung. Jenazah dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Five Pillars Farm Livermore, California.

Warga Padang Enggang juga turut merasa sedih atas kepergian Almarhum 
TG Dato Haron Din yang pernah mengunjungi kami dan menyampaikan khutbah serta mengimamkan solat Jumaat  di Masjid Mukim Padang Enggang  pada bulan April 2013.

Hebatnya Tuan Guru, semasa hidupnya beliau mengajar dan setelah kematian nya pun kita masih dapat pengajaran darinya. Kita diajar supaya mendahulukan hukum syarak  dalam apa keadaan sekali pun seperti menyegerakan urusan pengkebumian. Pengkebumian tidak semestinya di kampung halaman, di mana saja kita meninggal, di situlah kubur kita.... Walau dimana pun kita dikebumikan, jasad dan roh kita tetap dalam penguasaan Allah..
Kubur tidak perlu hiasan atau bungaan, sekadar ada tanda nama untuk ahli keluarga, saudara mara atau rakan taulan menziarahi kemudian hari. Apa yang jadi tuntutan syarak itulah yang dilaksanakan oleh keluarga almarhum iaitu kembali kepada fitrah insani......subhanallah.

Al Fatihah buat murrabi ummah TUAN GURU DATO DR HARON DIN.

Tuan Guru meninggalkan seorang isteri, Datin Khadijah 
dan 5 orang anak, Hamdi, Najmi, Salwa, Hana dan Huda

Tiada ulasan:

Catat Ulasan