doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 11 Oktober 2020

إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ: Telah Kembali Ke Rahmatullah Tuan Haji Rahim Haji Mat.

 إِنَّا لِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ

Dukacita dimaklumkan bahawa Abdul Rahim Haji Mat telah kembali ke rahmatullah pada 10 Okt 2020 (Sabtu). 

Rahim Hj Mat - Satu nama yang tidak asing bagi penduduk negeri kelantan yang berumur dalam lingkungan 50an. Namanya sentiasa meniti di bibir peminat satu masa dulu. Suaranya sering berkumandang di corong radio sekitar tahun 1970an. Beliau adalah bekas juruhebah terkenal di stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) Kota Bharu. 

Selepas bersara dari perkhidmatan, beliau mengislahkan diri dalam kumpulan dakwah dan tabligh. Mereka melakukan usaha dakwah dengan bergerak dari masjid ke masjid, dari rumah ke rumah, dari kampung ke kampung, Penekanan mereka adalah untuk mengajak masyarakat berjemaah di masjid setiap waktu dan mengamalkan sunnah Rasulullah setiap masa.

Sama-sama kita doakan agar roh almarhum ditempatkan di kalangan para solihin dan seluruh ahli keluarganya tabah menerima dugaan ini.

اَللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ

"Ya Allah, ampunilah dosanya, berilah rahmatMu ke atasnya, sejahtera dan maafkanlah dia".

                آمِيْن يَا رَبَّ العَالَمِيْنَ



Link berkaitan:

Asal Nama Kampung Wakaf Che Yeh.

Tiada ulasan:

Catat Komen