disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 21 November 2020

Pelaksanaan PKPB Di Seluruh Negeri Kelantan Bermula 21 November Sehingga 6 Disember.


Kerajaan memutuskan untuk melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kelantan mulai 21 November sehingga 6 Disember ini ekoran peningkatan kes baharu pandemik koronavirus (Covid-19). Ini berdasarkan penilaian risiko yang dilaksanakan Kementerian Kesihatan Malaysia, terdapat peningkatan kes Covid-19 yang mendadak di beberapa daerah dan mukim di Kelantan.

Setakat 19 November terdapat 17 kes baharu positif COVID-19 di negeri Kelantan meliputi di Machang 11 kes ,  dan 1 kes masing-masing di Tanah Merah, Pasir Mas,  Kota Bharu, Kuala Krai dan 2 kes di Tumpat.

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) mengarahkan semua kuliah agama termasuk kelas al-Quran di masjid serta surau di negeri ini, ditangguhkan hingga 6 Disember 2020.

Yang Dipertua MAIK, YBM Tan Sri Tengku Mohamad Rizam Tengku Abdul Aziz, berkata langkah berkuat kuasa serta-merta itu diambil bagi membendung penularan wabak COVID-19. 

Yang Dipertua MAIK,
YBM Tan Sri Tengku Mohamad Rizam.

Garis Panduan Solat Jumaat Dan Solat Fardu Sepanjang Tempoh PKPB:

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.