السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
عَنْ أَبِي رَزِينٍ عَنْ ابْنِ أُمِّ مَكْتُومٍ أَنَّهُ سَأَلَ
النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي
رَجُلٌ ضَرِيرُ الْبَصَرِ شَاسِعُ الدَّارِ وَلِي قَائِدٌ لَا يُلَائِمُنِي فَهَلْ
لِي رُخْصَةٌ أَنْ أُصَلِّيَ فِي بَيْتِي قَالَ هَلْ تَسْمَعُ النِّدَاءَ قَالَ نَعَمْ
قَالَ لَا أَجِدُ لَكَ رُخْصَة
Daripada Abu Razin dari Ibnu Ummi Maktum RA bahawasanya dia pernah bertanya kepada Rasulullah SAW; Ya Rasulullah, aku adalah seorang yang buta dan rumahku jauh, sedangkan aku mempunyai orang yang menuntunku tapi dia tidak membantuku, maka apakah aku mendapat keringanan untuk melaksanakan solat di rumahku? Baginda bersabda: "Apakah kamu mendengar azan?" Dia menjawab; Ya. Baginda bersabda: "Aku tidak mendapatkan keringanan untukmu!"
(Sunan Abu Daud No: 465) Status: Hasan Sahih
Pengajaran:
- Keutamaan solat Fardu bagi orang lelaki adalah di masjid
- Bagi orang yang sakit, terdapat keuzuran yang membenarkan mereka untuk solat di rumah
- Rasulullah SAW mengarahkan Abdullah Ibnu Umi Makhtum (seorang yang buta) untuk turut solat di masjid kerana dia mendengar lafaz azan yang dilaungkan (tiada pengecualian dengan sebab cacat penglihatan apabila mendengar azan).
- Imam Syafi’i dalam Mukhtashar Al-Muzani: “Adapun solat jamaah, aku tidaklah memberikan keringanan untuk ditinggalkan kecuali ada uzur.” (Ash-Shalah wa Hukmu Tarikiha, hlm. 107)
Apakah alasan kita untuk meninggalkan solat berjamaah di masjid, padahal kita dalam keadaan tidak buta, sihat tubuh badan, aman dalam perjalanan, berdekatan rumah dengan masjid dan memiliki kenderaan?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.