عن ابن عمر قال قال رسول الله صلى الله عليه وسلم إِذَا دُعِىَ
أَحَدُكُمْ إِلَى الْوَلِيمَةِ فَلْيَأْتِهَا
Daripada Ibnu Umar dia berkata, Rasulullah SAW bersabda: Apabila kamu dijemput ke majlis kenduri perkahwinan, maka hadirilah.
(HR.
Bukhari No: 5173). Status: Hadis Sahih
Pengajaran:
1. Ulama bersepakat bahawa wajib menghadiri kenduri kahwin apabila dijemput jika majlis kenduri itu tidak bercampur aduk dengan maksiat.
Abu Hurairah mengatakan,
شَرُّ الطَّعَامِ طَعَامُ الْوَلِيمَةِ يُدْعَى لَهَا الأَغْنِيَاءُ
، وَيُتْرَكُ الْفُقَرَاءُ ، وَمَنْ تَرَكَ الدَّعْوَةَ فَقَدْ عَصَى اللَّهَ وَرَسُولَهُ
– صلى الله عليه وسلم –
Seburuk-buruk makanan kenduri kahwin ialah kenduri yang hanya dijemput orang-orang kaya, dan tidak dijemput orang miskin. Sesiapa yang tidak memenuhi jemputan maka dia telah melakukan maksiat kepada Allah dan Rasulnya SAW.
(HR Bukhari No: 5177)
2. Syarat-syarat yang menjadikan seseorang wajib menghadiri kenduri kahwin:
- Jemputan tidak dikhaskan kepada orang-orang kaya sahaja
- Jemputan itu memang ditujukan khas kepada kita (bukan jemputan umum contohnya hanya diumumkan imam selepas solat untuk para jamaah
- Yang menjemput itu adalah Muslim
- Yang dijemput tidak mempunyai keuzuran seperti sakit dan sebagainya
3. Haram menghadiri kenduri kahwin yang diisi dengan
perkara maksiat. Akan tetapi jika seseorang mampu mengubah maksiat itu agar
berhenti dengan kehadirannya, hendaklah dia hadir. Sebahagian ulama berpendapat
boleh hadir kerana bukan kita yang melakukan maksiat itu.
4. Ulama berbeza pendapat tentang hukum memenuhi
jemputan kenduri selain majlis perkahwinan. Di sisi mazhab Syafie, hukum memenuhi
jemputan kenduri selain perkahwinan adalah tidak wajib.
Hujung tahun ini ramai orang mengadakan majlis kenduri
perkahwinan. Tunaikan jemputan jika tiada sebarang keuzuran syarie.
Utk dapatkan 1 Hari 1 Hadis Pertubuhan Ikram Malaysia
Negeri Johor, sila klik link di bawah :
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.