Firman Allah SWT dalam surah Al-Isra' ayat 23:
Maksudnya: "Dan Tuhanmu telah
memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu
berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di
antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu,
sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan "ah" dan
janganlah kamu menengking mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang
mulia".
Orang yang tidak menghormati ibu bapa akan dilaknat
oleh Allah SWT. Sebagaimana dijelaskan oleh Rasulullah SAW dalam sebuah hadis
yang bermaksud: "Ada tiga macam orang yang terkena laknat Allah SWT iaitu
Seorang yang membenci kedua ibu bapanya, seseorang yang berusaha menceraikan
sepasang suami isteri, kemudian setelah isteri tersebut dicerai ia
menggantikannya sebagai suaminya dan seseorang yang berusaha agar orang-orang
mukmin saling membenci dan saling mendengki antara sesamanya dengan
hasutan-hasutannya".
(Riwayat Ad Dailami daripada Umar ra)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.