Wakil dari pihak syarikat haji yang dipanggil 'Syeikh haji' |
Begitu juga dengan jemaah dari negara kita Malaysia. Mereka terpaksa membuat persediaan dari segi kewangan, rohani, jasmani dan juga kekuatan mental untuk menempuh keadaan yang serba kekurangan tambahan pula pemergian mereka mengambil masa yang lama. Mereka bukan sahaja meninggalkan keluarga tetapi 'menyabung nyawa' menaiki kapal dagang yang belayar dari Pulau Pinang menuju ke Tanah Suci. Perjalanan dengan kapal laut mengambil masa berbulan-bulan, jadi jemaah haji kena bawa bekalan makanan yang agak banyak seperti ikan kering,sambal daging, beras, kain baju, perkakas memasak dan lain-lain lagi. Jemaah haji tanpa mengira jantina, faktor usia maupun golongan kelainan upaya bersesak-sesak diatas kapal. Mereka tak mahu melepaskan peluang kesana walaupun terdedah dengan cuaca yang tidak menentu, keadaan dalam kapal yang serba kekurangan dan tahap penjagaan kesihatan yang kurang memuaskan.
Saat yang paling sedih dan sayu apabila azan dilaungkan dan jemaah mula melangkah turun dari rumah untuk memulakan perjalanan mereka. Ada sanak saudara yang menangis kerana belum tentu dapat berjumpa lagi dengan jemaah yang pergi ke Mekah. Lambaian tangan kepada ahli keluarga dan rakan taulan yang mengiringi pemergian mereka sebagai lambaian terakhir, seolah-olah pergi yang tak akan kembali lagi. Mungkin itulah sebabnya pemergian mereka ke Tanah Suci ditangisi.
Sejarah penglibatan syarikat penerbangan negara bermula apabila pesawat pertama, Malaysia Airlines System (MAS) membawa jemaah haji berlepas ke Tanah Suci pada 6 Oktober 1974. Dengan penggunaan pesawat udara, ianya dapat melicinkan urusan pengangkutan jemaah sekali gus mengelakkan berulangnya isu menggunakan pengangkutan laut yang banyak menimbulkan masaalah sekian lama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.