![]() |
Almarhum
cg Awang
Mantan
Setiausaha Masjid
Masjid
Mukim Pdg Enggang
|
Seperti juga dengan mana-mana persatuan atau pertubuhan, pelantikan AJK Masjid kita juga pun sepatutnya dipilih 2 tahun sekali. Ini bagi mengelakkan AJK sedia ada menjadi AJK terlalu lama. Ini juga untuk mengelak jika ada AJK mempunyai kepentingan peribadi. Tujuan kita sebagai AJK adalah mencari keredhaan Allah SWT, mengurus 'Rumah Allah' sebaik mungkin dengan penuh amanah.
Sifat amanah ini adalah merupakan lambang atau tanda bagi golongan orang beriman kepada Allah. Ketahuilah juga bahawa mengkhianati amanah yang telah diberikan kepada kita adalah termasuk dalam golongan orang-orang munafik.
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا
لَا تَخُونُوا اللَّهَ وَالرَّسُولَ وَتَخُونُوا أَمَانَاتِكُمْ وَأَنْتُمْ تَعْلَمُونَ
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya, dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya)”.
عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ
النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ آيَةُ الْمُنَافِقِ ثَلَاثٌ إِذَا
حَدَّثَ كَذَبَ وَإِذَا وَعَدَ أَخْلَفَ وَإِذَا اؤْتُمِنَ خَانَ
Yang bermaksud:
Dari Abu Hurairah dari Nabi SAW, baginda bersabda:
"Tanda munafik ada tiga; jika berbicara dia dusta, jika berjanji ia
mengingkari dan jika diberi amanah dia khianat".
(HR Bukhari No: 32)
Pengajaran hadis:
1. Munafik ialah
hipokrit atau berpura-pura. Menampakkan kebaikan namun sifat sebenar adalah
sebaliknya.
2. Tanda munafik:
- Apabila ia berbicara mengenai sesuatu yang dibenarkan orang lain padahal ia berdusta (berbohong). Saidina Umar RA pernah berkata, “Sesuatu yang paling aku khawatirkan dari kalian adalah Munafik Alim (munafik yang berpengetahuan).” Lalu ada yang bertanya, “Bagaimana mungkin, seorang munafik memiliki sifat ‘alim.?” Umar menjawab, “Ia berbicara dengan penuh hikmah namun melakukan kezaliman atau kemungkaran.”
- Apabila berjanji, ia mengingkari dan tidak menepatinya tanpa alasan yang dibenarkan, termasuk dengan orang bukan Islam.
- Apabila diberi amanah, ia berkhianat. Amanah bermaksud orang yang dipercayai, tidak menyeleweng atau menipu.
AJK masjid bertanggungjawab dalam penjagaan dan pengurusan masjid. Ini kerana kita semua akan disoal di akhirat kelak terhadap amanah yang telah dipertanggungjawabkan kepada kita. Oleh itu sudah menjadi tanggungjawab AJK untuk memastikan segala aspek dan keadaan di dalam masjid dijaga dan diuruskan dengan baik.
Sama-samalah kita sedekahkan Al-Fatihah buat semua AJK dan petugas masjid yang terlebih dahulu meninggalkan kita semua. Semoga segala jasa dan pengorbanan mereka dalam usaha meningkatkan syiar islam di bumi Padang Enggang ini diterima oleh Allah SWT, dosa-dosa mereka pula diampunkan dan roh mereka ditempatkan bersama roh mereka yang beriman dan beramal soleh...... Aamiin.

Aslkm ... Kalau boleh adakan white board menunjukkan derma yg diterima basil kutipan setiap minggu ... Derma utk baik pulih
BalasPadamوَعَلَيْكُمُ السَّلاَمُ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُه
BalasPadamInsyaAllah ambo akan kemukakan cadangan Tuan kepada Bendahari masjid selepas solat jumaat nanti…atau jika Tuan ada cadangan lain boleh saja menghubungi Bendahari , 011-10620190