Bila kita menerima pesanan dari rakan-rakan whatsapp, kita kena respon la sikit, paling kurang
beri tanda agar orang yang berkenaan maklum kita membacanya walaupun kita sebenarnya sibuk. Adalah sangat-sangat tidak sporting, jika kita menjadi rakan grup
tapi langsung tidak pernah memberi respon, Sedangkan kita sentiasa online dan mengikuti
perkembangan setiap masa. Respon yang kita berikan tadi adalah satu
galakan bagi rakan-rakan dalam grup supaya mereka makin bersemangat melakukan dan menyampaikan hal-hal kebaikan.
Sebenarnya Allah SWT lah yang mempertemukan kita dalam grup ini. Ianya tentu ada kebaikannya, tidak rugi walaupun kita tidak sependapat atau berbeza pandangan dalam sesuatu isu. Kalau pun ada sedikit perbezaan itu adalah perkara biasa. Jangan diperbesar isu dan elakkan dari adu domba sehingga terlerai tali silaturahim yang sudah sedia ada.
Mewujudkan silaturrahim itu terutamanya di kalangan sesama kita umat islam adalah satu tuntutan dan menjadi kewajipan kepada semua umat Islam melaksanakannya selari dengan amalan-amalan lain. Kalau silaturrahim itu belum wujud, hendaklah kita wujudkan. Kalau ada apa-apa masalah atau kesulitan, hendaklah kita selesaikan. Kalau sudah terputus, hendaklah kita pulihkan dan jika sudah baik keadaannya hendaklah kita suburkan.
Saya dan lain-lain admin group ini tidak membenarkan dan menyokong sebarang bentuk WhatApps yang memaparkan informasi tidak benar, pornografi, fitnah, hasutan, penipuan dan paparan yang tidak sesuai selaras dan seperti yang ditetapkan dengan/oleh Akta Kommunikasi dan Multimedia 1998. Segala whatApps yang dipaparkan oleh ahli-ahli dalam group ini bukan tanggungjawab admin group. Ia akan menjadi tanggungjawab individu tersebut apabila terbukti ianya melanggar etika dengan menyebarkan sebarang kandungan bermasalah dalam pesanan WhatsApp.♥
Ustaz Shahiman - Iman Muda |
Ustaz Muhammad Azzam Ghazali
Pengkuliah Kitab
Hidayatus Sibyan
(Hari Ahad malam
Isnin)
|
Tn Hj Megat - Admin & Penasihat Grup whatApp |
Haji Johari - AJK Masjid |
Ustaz Hj Ibrahim Deraman Pengkuliah Kitab Bidayatul Hidayah (Hari Selasa malam Rabu) |
En Ibrahim @ Kapten
AJK Masjid - Biro Pemuda |
En Hassan - AJK Masjid |
Haji Zali - AJK Masjid |
Haji Azli Naib Pengerusi JK Masjid |
Cg Hj Ruzaidi - Group Admin & Setiausaha JK Masjid |
Group Admin |
Group Admin |
En Alias - AJK Masjid |
Group Admin |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.