Tujuan utama program itu diadakan adalah bertujuan membina qariah masjid yang sihat dan cergas dengan aktiviti yang berfaedah, selari dengan apa yang sering disarankan oleh ADUN Bunut payung, YB Dato' Dr Ramli untuk mengadakan program sebegini dimana ianya dapat menceriakan ahli qariah masjid di samping dapat meningkatkan tahap kesihatan mereka.
Dengan mengamalkan aktiviti berjalan kaki secara konsisten memberi manfaat kepada kesihatan kita seperti:
- Menyihatkan dan mengurangkan risiko penyakit jantung.
- Mengawal tekanan darah dan mencegah risiko penyakit darah tinggi dan strok.
- Mengurangkan risiko penyakit diabetes.
- Mengawal berat badan dan dapat membantu membentuk tubuh badan yang ideal.
- Mengurangkan stress.
- Mengekalkan kekuatan otot.
- Mengurangkan risiko osteoporosis.
- Mengekalkan kestabilan dan mengurangkan risiko jatuh terutama kepada golongan warga emas.
Acara diteruskan dengan latihan senaman asas (sesi memanas badan) yang dikendalikan oleh Penghulu Mukim Bunut Payung, En.Ibrahim Taib selama lebih kurang 15 minit.
Selepas itu YB Dato' Dr Ramli memulakan langkahan diikuti oleh Imam Tua, Ustaz Hj Abdul Halim dan semua peserta. Secara anggarannya peserta perlu berjalan sejauh 4km untuk menyamai 5000 langkah.
Bermula dari Dataran Wakaf Ilmu, peserta melalui Jalan Masjid Padang Enggang dan seterusnya mereka membelok ke Jalan Kuala Krai. Mungkin masih ramai dalam kalangan peserta yang belum mengetahui yang Jalan Kuala Krai kini sudah ditukar nama kepada Jalan Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Setelah hampir 2km berjalan peserta memasuki laluan terakhir iaitu Lorong Tepi Tali Air. Disini mereka merentasi kawasan sawah padi yang terbentang luas sambil menghirup udara segar serta menikmati sinar matahari pagi sekaligus dapat menyaksikan panorama pagi yang sungguh indah.
Setelah semua peserta sudah sampai ke Dataran Wakaf Ilmu, mereka disediakan sedikit jamuan ringan dan seterusnya Tok Penghulu Mukim Wakaf Che Yeh mengumumkan pemenang yang bertuah dan hadiah-hadiah telah disampaikan oleh YB Dato' Dr Ramli.
Trek laluan peserta berjalan kaki bermula dari Dataran Wakaf Ilmu Masjid Mukim Padang Enggang dan berakhir pada lokasi yang sama |
Alhamdulillah. Mudah2an sambutan terhadap program ini dapat ditingkatkan lagi dgn penyertaan yg lebig ramai
BalasPadam