disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 24 November 2019

Program Syeikh Muhammad Husni Ginting Al Langkati Al Azhariy Di Kelantan


๐Ÿ”‰ Ahad 24/11/2019
▶ Kuliah Maghrib
๐Ÿ•Œ Masjid Mukim Padang Enggang, Wakaf Che Yeh, Kelantan


๐Ÿ”‰ Isnin 25/11/2019

▶ 9 Pagi - 4 Petang
 ๐Ÿ“šDaurah Hadith Arbain An Nawawi
๐Ÿ•Œ Masjid Ayesha Kok Lanas, Kelantan

▶ 9 Malam - 11 Malam 

๐Ÿ“šPengajian Kitab Rof'ul Astar
๐Ÿ•ŒMadrasah Ahmadiah, 
Bunut Payong, Kelantan


๐Ÿ”‰ Selasa 26/11/2019

▶ 9 Pagi - 4 Petang 
๐Ÿ“šPengajian Kitab Rof'ul Astar
๐Ÿ•ŒMadrasah Ahmadiah, 
Bunut Payong, Kelantan


SEMUA DIJEMPUT HADIR


Nama penuh beliau ialah Syeikh Muhammad Husni Ginting bin Muhammad Hayat Ginting bin Muhammad Ilyas Ginting bin Muhammad Salih Ginting al-Langkati. Beliau merupakan seorang alim muda dari Medan, Sumatera Utara, Indonesia yang gigih menimba ilmu pengetahuan. Lahir di Besitang, Langkat pada tarikh 26 Zulqa`idah 1400H (1980). 

Beliau mendapat pendidikan-pendidikan formal di peringkat:
  • Ijazah Thanawiyah Negeri (1996) 
  • Ijazah Thanawiyah Ma`had Musthafawiyah (1997) 
  • Musthafa, Ijazah Mas (1999)
  • Ijazah Lisence Universiti Al-Azhar (2004) 
  • Ijazah Diploma Master Ma`had ‘Ali Dirasat Islamiyah (2007)
  • Fakulti Usuluddin al-Azhar dalam Jurusan Hadith. 

Beliau telah mendokumentasikan sanad keilmuan beliau di dalam karya-karya berikut:
  1. Ghayah al-Rusukh fi Mu‘jam al-Syuyukh. Ia menghimpunkan senarai guru-guru beliau yang berjumlah seramai 165 orang dan juga sebahagian sanad mereka.
  2. Asanid al-Jawiyyin.
  3. Al-Ayat al-Mufassalat fi al-Ahadith al-Musalsalat.
  4. Ithaf al-Akabir bi Asanid al-Syaykh ‘Abd al-Qadir.
  5. Asanid al-Kutub al-‘Asyarah.
  6. Al-Awa’il al-Lankatiyyah.
  7. ‘Iqd al-Farid al-Muntakhab min al-Asanid.
  8. Fayd al-Jari bi al-Ittisal bi Thulathiyyat al-Bukhari.
  9. Al-Kawakib al-Darari bi Tarjamah wa Asanid al-Syaykh ‘Ali Hasan Ahmad al-Dari.
  10. al-Muntakhab min al-Musalsalat.
  11. Nihayah al-Zayn bi Tarjamah wa Asanid al-Syaykh Mustafa Husayn.
Kemungkinan masih ada beberapa ilmuwan lagi yang masih hidup selain di atas yang telah menyusun, menerbitkan dan menyebarkan sanad keilmuan mereka. Namun, maklumat mengenainya masih perlu dicari dan digali agar dapat direkodkan dengan yang sewajarnya.
   
Wallahu a‘lam.



Sumber: 4MUSNID NUSANTARA KINI 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.