Kita perlu berusaha untuk bersedekah walaupun dalam keadaan kekurangan selain meyakini amalan itu menyebabkan diri kita akan memperoleh banyak kelebihan. Marilah sama-sama kita bersedekah dan berkongsi rezeki. . Jadikan lah sedekah sebagai amalan kita bersama kerana setiap rezeki kita ada terselit rezeki orang lain.
Jadikan amalan setiap kali pergi ke masjid, sebelum atau selesai solat kita derma dalam tabung masjid. Walaupun jumlah atau nilainya sedikit namun sifat kemurahan hati itu yang dinilai Allah.
Ingatlah, segala harta dunia yang kita miliki hari ini hanya sementara dan tak bertahan lama. Yang pasti, setiap sen atau setiap ringgit yang diinfakkan di jalan Allah itu akan menjadi bekalan di akhirat kelak di mana manafaatnya akan berkekalan selamanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.