disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Isnin, 16 September 2019

Program Anak Mukim Padang Enggang - Merentas Desa.


Pada hari ini, 16 September 2019 (Isnin), Masjid Mukim Padang Enggang telah mengadakan aktiviti merentas desa. Merentas desa merupakan sukan yang amat mudah dan boleh disertai oleh pelbagai kategori. Ia juga memberikan peluang kepada semua anak mukim pelbagai usia untuk turut sama memberi sokongan dan menceriakan program yang dianjurkan oleh jawatankuasa masjid. 

Aktiviti ini juga dapat membentuk jatidiri anak mukim Padang Enggang agar sentiasa cergas fizikal dan cergas mental. Selain dari itu juga dapat memupuk semangat bekerjasama dan saling membantu dikalangan warga mukim padang enggang dalam usaha pihak jawatankuasa masjid kearah merapatkan hubungan persaudaraan dikalangan anak mukim.

Pada program hari ini, Team PAPISMA juga telah telah diundang oleh jawatankuasa masjid untuk memberi khidmat pemeriksaan kesihatan percuma kepada peserta serta juga kepada semua anak mukim padang enggang yang hadhir. PAPISMA adalah singkatan pada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia. Ia adalah sebuah NGO yang dianggotai oleh gabungan tenaga-tenaga profesional kesihatan, antara tujuan mereka adalah untuk membimbing dan meningkatkan kesedaran masyarakat tentang sistem penjagaan kesihatan dan perubatan.




Tentatif program adalah seperti berikut:
  1. Pendaftaran peserta 7.30 pagi.. 
  2. Merentas Desa kul 8.00 Pagi.. 
  3. Gubahan Kain Bermula jam 8.00 
  4. Main Selambut 8.15.. 
  5. Buat Ketupat 8.30.. 
  6. Musang Berjanggut Jam 8.30.. 
  7. Beyblade dan Titing Bulu Ayam 9.00 
  8. Bidas Tin 9.30 
  9. Isi Air dgn Spam Jam 9.30 
  10. Ucapan Aluan dr Tok Imey 
  11. Ceramah Kesihatan Jam 10.30.. 
  12. Perasmian oleh Dato Dr..11.15.. 
  13. Pertandingan Nasyid jam 11.30 
  14. Cabutan Bertuah bermula jam 12.00tgh. 
  15. Bersurai Jam 1.00.
Setelah selesai taklimat oleh Imam Tua Masjid, para peserta mengikuti pula pergerakan senaman ringan di bawah kendalian En Ibrahim @ kapten Him. Senaman ringan ini adalah sebagai pemanas badan sebelum bermulanya aktiviti utama, iaitu merentas desa....dan pada masa yang sama pelbagai kategori yang dipertandingkan serentak untuk menjimatkan masa dan program yang dijadualkan dapat selesai pada masa yang telah ditetapkan.



























































Semua peserta bersurai pada jam 1.00 tengahari. Secara keseluruhan, semua aktiviti-aktiviti pada kali ini berjalan lancar. Tiada sebarang kemalangan berlaku. Syabas diucapkan. Diharapkan agar kita dapat merancang dan melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa mendatang.


Terima kasih kepada YB Dato' Dr Ramli Bin Mamat, ADUN Bunut Payong yang sudi datang memeriahkan dan memyempurnakan penyampaian hadiah kepada pemenang. Terima kasih yang tidak terhingga juga ditujukan kepada Imam Tua/Muda Masjid Mukim Padang Enggang, Pengerusi MPPK Mukim Wakaf Che Yeh, team PAPISMA, agen pengendali umrah, agen Red One dan akhir sekali kepada seluruh anak mukim yang telah memberikan kerjasama dalam  menjayakan aktiviti hari ini. Semoga kita akan bertemu lagi dalam aktiviti selanjutnya nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.