disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Sabtu, 7 September 2019

Program Gotong Royong Cuci Kubur Jias

Bermula seawal 8.00 pagi anak muda berkumpul di Tanah Perkuburan Islam Jias Wakaf Che Yeh. Kira kira 43 orang ahli qariah Masjid Mukim Padang Enggang hadir untuk turut serta bergotong royong pada hari ini 7hb September 2019.Program gotong-royong sebegini bertujuan untuk menyemai semangat kerjasama tetapi juga mengeratkan hubungan silaturrahim di kalangan penduduk di sesebuah kawasan.

Menyedari kepentingannya, MPKK Mukim Wakaf Che Yeh berkerjasama dengan ahli qariah Masjid Mukim Padang Enggang mengambil inisiatif untuk menghidupkan budaya itu semula. Program ini memberi peluang kepada generasi belia mengenali secara dekat mengenai budaya hidup bermasyarakat yang diamalkan oleh penduduk di Mukim Padang Enggang.

Semangat gotong-royong seumpama ini perlu disuburkan kerana ia dapat merapatkan hubungan antara penduduk seterusnya meringankan beban mereka yang tidak berupaya terutamanya golongan veteran. Program ini dapat meningkatkan kemesraan dalam hubungan silaturahim sesama penduduk.

Sementara itu Penghulu Mukim Padang Enggang En Ibrahim Taib yang menganjurkan program ini berkata, budaya gotong-royong di kalangan masyarakat perlu diadakan demi kebaikan semua pihak. Program itu mendapat sambutan yang baik terutama daripada penduduk sekitar dan ahli qariah masjid Mukim Padang Enggang.

Terima kasih diucapkan kepada Imam Tua Masjid Mukim Padang Enggang, Imam Muda, Penghulu Mukim Wakaf Che Yeh dan semua ahli qariah Masjid Mukim Padang Enggang yang turut sama menyertai program gotong royong membersih Tanah Perkuburan Islam Jias ,Wakaf Che Yeh pagi tadi. 

Moga dengan adanya program sebegini, dapatlah kita bersilaturrahim dan merapatkan diri dengan masyarakat setempat sebagaimana dianjurkan oleh Islam

 





  




  










Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.