disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 6 September 2019

MUDAHNYA BERSEDEKAH.

Foto Ahli qariah Masjid Mukim Padang Enggang
menziarahi Hj Mohamad bin Jaafar yang uzur 
Tahukah anda, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang ringgit sahaja. Malah, apa-apa sahaja pemberian kita kepada orang lain yang memerlukannya dikira sebagai sedekah. Berikut adalah beberapa cara mudah untuk kita  bersedekah: 

1. Niat bersedekah kerana Allah.

Apabila kita mahu bersedekah, terlebih dahulu niatkan sedekah itu kerana Allah. Mudah sahaja! Katakan kepada diri kita "Saya bersedekah kerana-Mu, ya Allah. Bukan kerana mahu menunjuk-nunjuk kepada orang lain. Jika kita berniat sedemikian, dengan izin Allah, Allah akan hadiahkan pahala dan rezeki kepada kita. 

2. Sedekah dalam bentuk wang 

Ada antara rakan-rakan kita yang berkata, "Saya mahu bersedekah, tetapi saya tidak ada banyak wang. Jangan bimbang, kita masih boleh bersedekah walaupun dengan hanya 10 sen. Mudah, bukan? Hal ini kerana Allah menilai keikhlasan kita bersedekah. 



3. Sedekah dalam bentuk pertolongan 
Kita juga boleh memberi sedekah tanpa wang. Bagaimanakah caranya? Hulurkan pertolongan kepada sesiapa sahaja yang memerlukan. Sebagai contoh, kita menolong ibu dan ayah di rumah ataupun membantu orang lain, rakan-rakan di pejabat dan sebagainya. 

4. Bersedekah dengan berkongsi ilmu 

Sekiranya kita mengetahui sesuatu perkara yang bermanfaat, berkongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Hal ini kerana berkongsi ilmu juga dikira sebagai sedekah. Dengan izin Allah, ilmu kita semakin bertambah dan Allah akan mempermudahkan urusan kita. 


5. Menziarahi orang sakit dikira bersedekah 
Apabila kita mendengar ada orang sakit, jika kita mampu ziarahilah mereka dan mendoakan supaya Allah menyembuhkan sakit mereka itu juga dikira sebagai sedekah. 



6. Bersedekah kepada haiwan 
Kita digalakkan berbuat baik dengan semua makhluk Allah, termasuk haiwan. Sedekah yang mudah boleh kita lakukan kepada haiwan adalah dengan memberi makan kepadanya. Niatkan kerana Allah, Allah akan memurahkan rezeki kita. 

7. Bersedekah dengan senyuman 

Barangkali ada yang bertanya, "Apakah sedekah yang paling mudah?" Jawapannya adalah memberi senyuman. Latih diri bermanis muka dengan memberi senyuman apabila bertemu sesiapa sahaja. 

Akhir kata, diharapkan perkongsian kali ini dapat membuka minda kita bahawa mudahnya bersedekah. Lantaran, sedekah bukan hanya dalam bentuk wang...Jom kita bersedekah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.