Pengisian rohani oleh Ustaz Hj Ismail dalam satu Sesi Kuliah Sebelum Jumaat |
Definisi – Makna perkataan: “Selawat”.
Perkataan selawat berasal dari bahasa Arab: الصلوات)),
diambil dari perkataan solat (الصلاة) yang bererti doa atau pujian.
Selawat Allah SWT ialah pujian-Nya di sisi para malaikat.
Selawat malaikat ialah doa memohon tambahan gandaan pahala.
Dan selawat orang mukmin ialah berdoa memohon supaya Allah
SWT melimpahkan rahmat, menambahkan kemuliaan, kehormatan dan kepujian kepada
penghulu kita Nabi Muhammad SAW.
Firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 56:
إِنَّ اللَّـهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ ۚ
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
Maksudnya: Sesungguhnya Allah dan malaikatNya berselawat
(memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad SAW); wahai
orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam
sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya.
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas adalah:
Semoga usaha kita
mengingati Rasulullah dengan sentiasa mengalunkan selawat dapat mendekatkan
diri kita bersama dengan Nabi Muhammad kelak serta turut mendapat rahmat daripada
Allah.
Lafaz bacaan selawat yang paling ringkas adalah:
اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ
Maksudnya: Ya Tuhan kami, selawatkanlah ke atas Nabi
Muhammad dan ke atas keluarganya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.