disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Rabu, 5 Februari 2020

Al-Fatihah Buat Arwah Fauzi. Semoga Rohnya Dicucuri Rahmat. Aamiinn.

انا لله وانا اليه راجعون
"Sesungguhnya kami adalah milik Allah dan 
kepada Allah juga-lah kami akan kembali"


Kematian yang datang, tak cepat sesaat dan tak lewat walaupun sesaat. Pagi tadi telah tiba pula giliran rakan jemaah Masjid Padang Enggang, Saudara Fauzi meninggalkan kami untuk bertemu Al-Khaaliq, Yang Maha Pencipta. Arwah yang baru saja beberapa bulan bersara dari perkhidmatannya di Pejabat Tanah Dan Jajahan Kota Bharu.... tapi Allah SWT lebih menyayanginya. Apapun Kami semua redha dan akur dengan pemergiannya kerana Allah SWT telah menetapkan rezekinya hanya setakat itu sahaja.

Sebagai seorang rakan, pastinya terkejut mendengar berita pemergian arwah Fauzi. Arwah, seorang yang murah dengan senyuman, peramah, baik hati serta baik pula tutur-katanya. Arwah adalah seorang ahli Jemaah yang istiqomah berjemaah di masjid. Arwah juga sejak akhir-akhir ini begitu tekun membetulkan bacaan alquran bergurukan Ustaz Johari bersama-sama rakan jemaah Masjid Mukim Padang Enggang.

Sedih kerana tidak dapat menahan perasaan hati bila menatap gambar wajah arwah Fauzi. Seorang sahabat yang sentiasa menceriakan rakan-rakan yang lain, senda-guraunya yang sederhana malah jauh sekali dari menyakiti hati rakan-rakan. Terasa begitu cepat sekali roda kehidupan ini berputar. Pemergian arwah meninggalkan sebuah kenangan persahabatan yang sukar dilupakan.


Pada kesempatan ini saya mohon agar rakan-rakan semua dapat memaafkan kesalahan arwah jika ada dan halalkan segala makan minumnya dan doakan pemergian arwah dengan tenang ke alam yang seterusnya. Hanya Al-Fatihah dan doa mampu kami titipkan buatnya.

Salam takziah buat keluarga arwah. Sama-sama kita doakan semoga rohnya dicucuri rahmat.dan ditempatkan dalam kalangan mereka yang bakal menjadi penghuni syurga . Aamiinn.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.