disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Jumaat, 6 Mac 2020

Doa Buat Ibu/Bapa Yang Dah Meninggal.


Sabda Nabi S.A.W: 
Apabila matinya anak Adam maka terputuslah segala-galanya kecuali tiga perkara iaitu anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapanya, sedekah jariah dan ilmu bermanfaat. 

Anak soleh yang selalu mendoakan kedua ibu bapanya akan melakukan beberapa perkara kebaikan untuk membantu ibu bapa mereka yang sedang berada di alam barzakh sebagai ikhtiar dan usaha-usaha untuk membantu mereka beroleh kebaikan dan tambahan pahala yang berterusan: 
  1. Doa seorang anak soleh kepada arwah ibubapanya adalah amalan yang dapat membantu dan boleh menjadi penyambung pahala mereka di alam barzakh. Mohon dengan sepenuh hati semoga Allah SWT ampunkan segala dosa mereka.
  2. Banyakkan bersedekah terutama sedekah jariah (pembinaan sekolah agama, masjid, rumah anak yatim dan mewakafkan tanah perkuburan orang Islam) niatkan untuk mereka.
  3. Tunaikanlah wasiat/janji yang ingin dipenuhi oleh mereka ketika hidup dahulu,
  4. Sambung silatulrahim dan muliakanlah sahabat dan teman baik arwah sewaktu mereka hidup dahulu.
Begitu syumul Islam sehingga hubungan anak dengan kedua ibu-bapa yang telah meninggal dunia tidak pernah terputus secara hakiki.  Oleh itu janganlah kita lepaskan peluang yang ada ini untuk terus menabur jasa kepada kedua-dua ibu bapa kita walaupun mereka sudah tiada lagi di dunia ini. Pilihan di tangan kita, jika tidak mampu melaksanakan semua, maka lakukanlah walau hanya satu sahaja asalkan istiqamah.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.