اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْه
Pergimu Murabbi Pada Hari Jumaat, Dalam Bulan Ramadhan Yang Penuh Berkat. Berbahagialah Tuan Guru Setelah Lama Berpenat. Banyak Jasamu Kepada Ummat. Sudah Tiba Masanya Untukmu Berehat.
1. Bangun Malam (sekitar jam 3 pg)
- Mandi dan ambil wuduk
2. Solat Sunat Wuduk.
3. Solat Sunat Taubat.
4. Solat Sunat Tahajjud (8 rakaat).
5. Solat Sunat Hajat (mintak Allah makbulkan permintaan
kita, bila2 masa kita mintak).
6. Solat Sunat Witir 3 rakaat.
7. Istighfar 40 kali:
أَسْتَغْفِرُ اللَّهَ الْعَظِيمَ الَّذِي لَا إِلَهَ
إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
إِلَّا هُوَ الْحَيَّ الْقَيُّومَ وَأَتُوبُ إِلَيْه
8. Tahlil 300 kali:
لاَ إِلَهَ إِلَّاالله
9. Baca Doa Nabi Yunus 40 kali:
لاَإِلَهَ إِلاَّ أَنْتَ سُبْحَا نَكَ إِنِّيْ كُنتُ مِنَ
الظَّا لِمِيْنَ
10. Tasbih 40 kali:
سُبْحَانَ اللَّهِ وَ الْحَمْدُ لِلَّهِ وَ لاَ اِلهَ إِلاَّ
اللَّهُ وَ اللَّهُ أَكْبَرُ
11. Solat Sunat Fajar.
12. Solat Subuh.
13. Baca Yaassin lepas subuh.
14. Solat Sunat Dhuha 6 rakaat.
15. Solat Zohor.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
16. Solat Asar.
- Solat sunat sebelum
17. Solat Maghrib.
- Solat sunat selepas
18. Solat Isya'.
- Solat sunat sebelum
- Solat sunat selepas
19. Sebelum tidur baca:
- Al-Quran
- Surah Al-Mulk
- Surah As-Sajjadah
- Surah Al-Waqiah
Kata Ulama, apabila Allah tidak mengkehendaki kita lagi:
- Allah
akan sibukkan kita dengan urusan dunia.
- Allah
akan sibukkan kita dengan urusan anak-anak.
- Allah
akan sibukkan kita dengan urusan perniagaan.
- Allah
akan sibukkan kita dengan harta.
- Allah
akan sibukkan kita dengan mencari pengaruh pangkat dan kuasa.
🔸Alangkah
ruginya kerana kesemuanya itu akan kita tinggalkan. Sekiranya kita mampu
bertanya pada orang-orang yang telah pergi terlebih dahulu menemui Allah SWT
dan jika mereka diberi peluang untuk hidup sekali lagi sudah semestinya mereka
memilih tidak lagi akan bertarung bermati-matian untuk mengejar kemegahan dan kemewahan hidup di dunia.
🔸Tujuan
kita diciptakan adalah untuk menyembah Allah dan beribadat kepada Allah SWT.
Sebenarnya apa yang kita dapat dari habuan dunia ini telah pun ditentukan oleh
Allah SWT.
🔸 Kita
mungkin cemburu apabila melihat orang lain lebih daripada kita dari segi gaji,
pangkat, harta, kereta mewah dan rumah besar.
🔸
Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat ilmu dan amalan orang lain lebih
daripada kita. Kenapa kita tidak pernah cemburu melihat orang lain bangun
disepertiga malam untuk solat tahajjud.
🔸Kita
cemburu melihat orang lain tukar kereta baru, tetapi jarang kita cemburu
melihat orang lain boleh khatam Al-Quran sebulan 2 kali.
🔸Kesemua
petanda-petanda ini menunjukkan dunia akhir zaman apabila duit, pangkat dan
harta mengatasi segalanya. Akhirnya manusia menjadi semakin keliru dan ragu ragu dengan pegangan mereka sendiri akibat banyak percampuran antara kebenaran dan kebatilan.
🔸 Setiap
kali menyambut hari jadi kita sibuk hendak raikan sebaik mungkin tetapi kita
telah lupa dengan bertambahnya umur kita maka giliran kita akan dipanggil oleh Allah
SWT semakin dekat.
🔸 Kita
patut bermuhasabah dan seterusnya menyiapkan bekalan menuju ke satu perjalanan jauh yang tidak
akan kembali lagi buat selama-lamanya.
🔸Sesungguhnya
mati itu benar, alam kubur itu benar, pertanyaan munkar dan nakir itu benar,
mahsyar Allah itu benar, syurga dan neraka itu benar. Maka berbahagialah mereka yang sentiasa ditemani al-Quran yang menjadi pembelanya ketika menghadapi sesi soal jawab malaikat Munkar dan Nakir, lalu kubur dilapangkan seluas mata memandang.
🔸Allah SWT lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Sesungguhnya Allah SWT jua lah yang Maha berkuasa membalas segala amal kamu. Allah SWT Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
🔸Allah SWT lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya. Sesungguhnya Allah SWT jua lah yang Maha berkuasa membalas segala amal kamu. Allah SWT Maha Pengampun bagi orang-orang yang bertaubat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.