disable

doa dan imej

doa dan imej
                                                                                                                                                                      

Ahad, 24 Mei 2020

Ucapan Sempena Hari Raya Aidilfitri 1441H/ 2020M.

Berlabuh Sudah Tirai Ramadhan. Syawal Pula Menjelang Tiba. Takbir Bergema Menggegar Jiwa. Hari Raya Aidilfitri Disambut Dengan Riang Gembira.

Dikesempatan Ini Saya Ingin Mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir Dan Batin.

Sekiranya Ada Salah & Silap, Di Hari Yang Mulia Ini. Ampun Maaf Dipinta.

Semoga Kita Dapat Menyambut Hari Raya Aidilfitri Kali Ini Dengan Penuh Kemeriahan, Kesyukuran Dan Keikhlasan.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, MAAF ZAHIR DAN BATIN.





















Sambutan Aidilfitri kali ini begitu berbeza berbanding kebiasaannya berikutan pandemik COVID-19 yang melanda seluruh dunia.

Info yang saya perolehi dari Ustaz Shahiman, Imam Muda Masjid Mukim padang Enggang, setakat ini hanya 12 jemaah sahaja yang terdiri dari AJK Masjid yang dibenarkan menyertai Solat Aidilfitri di masjid, dengan susunan sejadah yang berjarak 1 meter.

Setiap daripada kita memainkan peranan penting dalam mengawal penularan wabak COVID-19 dengan mematuhi arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Oleh itu, teruskan disiplin dan rasa tanggungjawab ini demi keselamatan serta kesejahteraan bersama. Jangan pula disebabkan kelalaian serta keangkuhan menyebabkan ada dalam kalangan ahli keluarga kita dijangkiti COVID-19.

Tangan dihulur maaf dipinta
Erat Hubungan Sesama Kita
Semoga Gembira Di Hari Yang Mulia
Salah Dan Silap Harap Dimaafkan
Selamat Hari Raya Aidilfitri
Maaf Zahir Dan Batin

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.